Tuesday

KURSUS PENGURUSAN EMOSI DAN EFT

“Jana KECERDASAN Dan KUASA EMOSI Anda Hari Ini Dengan TERAPI EMOSI Yang Telah Dimanfaatkan Oleh Ribuan Individu.
.
“Hanya dalam tempoh yang singkat, Anda MAMPU merawat masalah emosi, perasaan dan mindset negatif yang anda miliki WALAUPUN telah terpendam puluhan tahun lamanya di dalam diri anda….

“Cuba Anda bayangkan apabila anda bangun setiap pagi; anda tahu anda memiliki KUNCI untuk anda mencapai kejayaan dan kebahagian.
Dan yang lebih menarik adalah selesai anda mengikuti WORKSHOP ini, DAYA TARIKAN AURA POSITIF ANDA akan bertambah dan Anda mampu menarik KEJAYAAN dan KEMAKMURAN dengan lebih mudah ke dalam kehidupan anda“.
TERKINI!
WORKSHOP Yang Akan Mengubah Hidup Anda HARI INI!!!
“Pelajari Terapi yang mengabungkan Kaedah Perubatan Kuno Cina yang telah berusia lebih dari 2,000 tahun dengan TEKNOLOGI TERKINI di dalam perubatan alternatif penyembuhan energi….”

Daripada: Amar Mahmood

RE: Bagaimana Anda Boleh Dilimpahi Dengan KEGEMBIRAAN Setiap Hari?

Asalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera buat semua pembaca yang dihormati,

.Di dalam kesibukan Anda menjalani aktiviti rutin seharian, saya ingin berkongsi sedikit informasi dan pengetahuan yang mungkin berguna untuk Anda menikmati kehidupan yang anda inginkan.
Sebagai seorang Jurulatih Pembangunan Diri; saya telah bertemu dengan ramai individu yang mempunyai pelbagai masalah di dalam kehidupan. Malahan saya juga kerap ditanya oleh peserta yang mempunyai IMPIAN untuk HIDUP BAHAGIA dan DILIMPAHI DENGAN KEJAYAAN tentang cara yang betul dan berkesan untuk mereka mencapai IMPIAN tersebut. Seperti mereka, saya berpendapat semua dari kita juga mempunyai IMPIAN YANG SAMA.
Masalah utama yang tidak disedari oleh ramai individu itu adalah kejayaan atau apa sahaja yang kita inginkan MESTILAH bermula dari dalam diri kita sendiri. Sama ada ia kejayaan, kebahagiaan, kekayaan malahan kemakmuran juga MESTI bermula dari dalam diri insan itu sendiri. Sekiranya seorang individu tidak mengenali kehebatan dirinya sendiri bagaimana ia mampu memandu kehidupan yang dia inginkan?
.
Jana Kecerdasan Emosi (EQ) Anda

Manusia adalah “makhluk beremosi”. Dengan emosi, kita sebagai seorang insan dibezakan dengan makluk Allah yang lain. Di dalam menghadapi kehidupan zaman moden yang penuh dengan cabaran dan tekanan, kita tidak mampu lari dari menghadapi pelbagai emosi yang akan mempengaruhi setiap situasi dan keputusan yang kita lalui di dalam kehidupan kita.
KESIHATAN EMOSI (Emotion Health) mempunyai kesan besar kepada POTENSI DIRI yang mampu dijana oleh seseorang indvidu. Individu yang sihat mempunyai EMOSI YANG POSITIF seperti kegembiraan, ceria, damai, bahagia dan sebagainya. Insan yang BERFIKIRAN POSITIF juga datang dari EMOSI YANG POSITIF. Jika kita sering mengalami stres, ketakutan, runsing, gementar, takut dan pelbagai lagi emosi negatif yang lain, bagaimana kita mampu berfikiran dan menjana MINDA yang POSITIF?. Apatah lagi untuk menjana KEKUATAN MINDA (Mind Power) yang kita dimiliki ini?

Bertambah buruk lagi apabila kerohanian dan jiwa seorang individu itu terganggu kerana emosi yang negatif. “Marahkan tuhan atas nasib dan musibah yang dihadapi”. “Marahkan nasib atas kesusahan dan masalah yang tidak kunjung padam“.
.
Tahukah Anda?
Di dalam buku David Goleman (1995) yang terkenal “Emotional Intellingence” mengatakan:-
80% kejayaan seseorang bergantung pada EQ atau Kecerdasan Emosi-nya berbanding dengan cuma lebih kurang 20% sahaja yang disebabkan oleh IQ atau Kecerdasan Intelek-nya.
Pendapat ini sejajar dengan pandangan yang mengatakan kita memerlukan lebih daripada kemampuan IQ supaya lebih berjaya dalam hidup.
Antara kajian terkenal yang dijalankan oleh seorang pakar saikologi Mayer (1993) mendapati:-
Mereka yang mempunyai tahap IQ yang tinggi, tidak semua mencapai kejayaan yang cemerlang sama ada dalam kerjaya mereka, mahupun dalam kehidupan peribadai masing-masing. Sebaliknya individu yang mempunyai EQ yang tinggi memperlihatkan pencapaian kehidupan yang lebih tinggi terutamanya melibatkan bidang kepimpinan.

Emosi Memberi Kesan Besar kepada Kesihatan Tubuh Anda
EMOSI yang negatif hanya memberi kesan negatif kepada kesihatan tubuh fizikal kita. Fakta menunjukan stres adalah ‘pembunuh senyap’ kerana stres adalah PUNCA utama kepada hampir kebanyakan penyakit yang dihadapi oleh ‘manusia moden’.
Masalah jantung, hipertension atau darah tinggi, sakit saraf, lemah antibodi, obesiti, penuaan, migrain melampau dan sebagainya adalah simptom dari masalah emosi. Individu yang gagal mengurus dan mengendalikan emosi mereka sering mengalami situasi kehidupan yang negatif.
Melalui pengalaman, saya menjumpai rahsia yang tidak diketahui oleh ramai pengamal dan peminat kuasa minda tentang kehebatan KUASA EMOSI. Ramai pengamal kuasa minda gagal menjana kekuatan emosi mereka walaupun mereka telah mempelajari dan menguasai pelbagai teknik kuasa minda. Emosi seperti amarah dan keraguan hanya melemahkan potensi kekuatan minda yang kita miliki. Malahan nafsu (emosi) marah yang menguasai diri akan menolak kelogikan akal dan kemampuan minda.

Tahukah Anda Bagaimana Emosi Mempengaruhi Nasib Dan perjalanan Kehidupan Anda?
Ramai dari kita tidak sedar bagaimana KUASA TARIKAN EMOSI mempunyai kesan yang sangat besar di dalam kehidupan kita setiap hari. Kerana itu orang melayu selalu mengatakan bahawa rumahtangga atau suami isteri yang selalu bergaduh di rumah akan menjauhkan rezeki mereka. Dan orang-orang tua juga sangat marah jika di pagi hari anak-anak menangis atau berlaku pergaduhan di rumah. Ini kerana ia akan memberi nasib yang tidak baik sepanjang hari. Ini membuktikan bagaimana emosi yang negatif HANYA MENARIK NASIB dan SITUASI KEHIDUPAN YANG NEGATIF kepada Anda.

Ini sebenarnya menjelaskan HUKUM TARIKAN atau popular dengan panggilan LAW of ATTRACTION yang mengatakan, KITA MENARIK APA YANG KITA FOKUSKAN.
TETAPI melalui pengalaman saya, definasi sepatutnya bagi hukum tarikan adalah; “kita menarik apa yang kita vibrasikan atau kita getarkan“. Istilah fokus adalah berbeza dengan istilah getaran. Ramai manusia fokus pada kejayaan tetapi sebenarnya mereka hanya mengetarkan energi kegagalan atau ketakutan di sekeliling medan energi atau medan aura mereka. Malahan jika dibandingakan antara individu yang sedang berfikiran positif dengan seorang individu yang sedang marah, ramai setuju bahawa energi orang yang marah adalah lebih terasa getarannya.

Kerana itu saya mencadangkan kepada sesiapa sahaja insan yang serius ingin bahagia dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi baik ia dalam bidang akademik, kerjaya, bisnes, hubungan, kewangan, kesihatan mahupun pembangunan diri supaya membaca artikel ini lebih lanjut.
Saya memberi jaminan ia bermanfaat kepada kehidupan anda.

RAHSIA HIDUP SUKSES dan MAKMUR DIDEDAHKAN!
Hari ini saya menawarkan kepada anda satu pilihan untuk anda menjalani PERUBAHAN POSITIF di dalam kehidupan Anda. Terapi Emotional Freedom Techniques (EFT) adalah kaedah rawatan energi yang mengapplikasikan falsafah dan prinsip perubatan akupuntur dengan rawatan alternatif penyembuhan energi (Bio-energi). Ia dikenali sebagai Cabang Rawatan Energi yang dikenali sebagai Psikologi Energi (Energy Pyschology) di khalayak pakar-pakar perubatan alternatif dan juga pakar saikologi moden. Kaedah ini adalah berdasarkan pertemuan terkini berhubung kaitan antara Tubuh Energi Manusia, emosi dan kesihatan tubuh fizikal Anda. Ia sangat POPULAR dan MENDAPAT sambutan yang positif dan luas dari pelbagai golongan individu.

EFT diasaskan oleh Gary Craig seorang Jurutera yang telah mendalami perubatan alternatif selama bertahun-tahun sebelum itu. EFT direkodkan telah berjaya menyelesaikan ribuan kes yang meliputi masalah kesihatan emosi, kesihatan fizikal dan isu-isu pencapaian cemerlang diri (rujuk laman rasmi EFT iaitu www.emofree.com untuk mendapatkan ribuan testimoni yang telah didokumentasikan di laman web tersebut).

EFT kerap berjaya walaupun kebanyakan terapi yang lain telah gagal. Berikut adalah beberapa isu dan masalah yang kerap berjaya di atasi melalui Terapi EFT:-

Membebaskan anda dari PELBAGAI ISU EMOSI baik yang ringan mahupun kepada masalah EMOSI yang berat dalam tempuh yang singkat (minit hingga ke jam berbanding dari bulan atau ke tahun. Contoh : trauma, fobia, rungsing/anxiety, risau, takut, gementar, kesedihan, murung/depresi, panik/kecemasan dan lain-lain lagi)

Mengatasi masalah kesakitan dan simptom fizikal walaupun method yang lain telah gagal sebelumnya (contoh migrain teruk, pening kepala, sakit sendi, hipertension, gejala simptom stres, jantung berdebar, sesak nafas, penyakit kronik seperti kanser/barah-sebagai mengatasi masalah ketidakstabilan emosi dan pelbagai sakit fizikal yang lain).
Mengatasi tabiat atau habit negatif seperti mengigit kuku jari, ketagihan merokok, masalah makan yang menjurus kepada obesiti, gangguan tidur/insomnia dan sebagainya.
Memecahkan halangan minda (limiting belief/mental block), memprogram semula mindset atau kepercayaan positif, meningkatkan kecerdasan otak seperti penumpuan dan daya fokus) dan membina fikiran yang positif.
Menjadi terapi pelengkap kepada pelbagai teknik dan kaedah pembangunan diri yang lain seperti KUASA MINDA dan HIPNOSIS.

Terapi yang berguna dalam meningkatkan PRESTASI kerjaya, bisnes, akademik, pencapaian persembahan (peak performance), pembangunan pesonaliti dan sebagainya.
Yang sangat menakjukkan, hampir semua individu boleh mempelajari teknik ini dan menggunakannya walau hanya dalam satu sesi dan seterusnya boleh membantu keluarga, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang memerlukannya.
Kaedah ini sangat berguna kepada sesiapapun samada ia adalah Doktor, Juruterapi Energi (seperti Reiki, Tenaga Dalam, Energy Healing) dan juga tradisional, Jurulatih Pembangunan Diri/Motivator, dan sesiapa sahaja terutama bagi yang merasai seperti kehilangan sesuatu di dalam diri mereka.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai workshop tersebut:-
1. Workshop dijalankan dalam Bahasa Melayu (kebanyakan workshop di Malaysia dijalankan dalam bahasa Inggeris)
2. Manual Latihan Lengkap dalam Bahasa Melayu.
3. 1 CD Asas EFT oleh Gary Craig (Pengasas EFT) yang sukar ditemui di Malaysia kecuali melalui penghantaran online yang bernilai ratus ringgit.
4. 2 Koleksi Ebook oleh Juruterapi Terkenal EFT yang keduanyan bernilai RM1xx.oo. Juga hanya boleh diperolehi melalui Online Order sahaja. (Kedua-dua Ebook tersebut adalah menerangkan kaedah dan teknik EFT dalam membangunkan MINDSET untuk kejayaan kewangan-kemakmuran). Dan beberapa Koleksi Ebook tentang EFT yang berada dalam simpanan saya akan dihadiahkan kepada peserta workshop ini sahaja.
5. Sijil Penyertaan.

Workshop ini akan menerangkan :-
· Falsafah dan prinsip disebalik Kuasa Pembebasan Emosi
· Manusia dan Sistem Energi
· Pengurusan dan Kecerdasan Emosi(EQ)
· Memahami Stres dan Kesan Psikosomatik
· Hukum Tarikan (Law of Attraction) & Kuasa Energi
· Keseluruhan Prosedur dan Protokol EFT berdasarkan Manual Rasmi EFT.
· Basic Tapping Procedure
· The Short Cut Application
· Applikasi dan Terapi EFT berkaitan isu Fizikal dan Emosi

BONUS : Bagaimana menggunakan EFT untuk memprogramkan smula mindset atau Sistem Kepercayaan

Workshop (6 jam ) ini sudah semestinya tidak mencukup untuk menerangkan secara lengkap kegunaan yang boleh digunakan oleh EFT. Tetapi ilmu dan maklumat yang didedahkan di WORKSHOP ini cukup untuk peserta yang tidak mempunyai asas langsung tentang penyembuhan energi mengunakan terus dan mendapatkan manfaat dari terapi ini (EFT).

DIJAMIN peserta boleh menggunakan terapi ini selepas selesai workshop ini
(jika mengikuti teknik dan kaedah yang dikongsikan nanti).

YURAN PENDAFTARAN : RM400.00

Workshop ini akan dikendalikan di:
No 81-1, Jalan TU 41, Taman Tasek Utama, 75450 Melaka
Tarikh : 30.01.2010
Masa : 10.00am-5.00om
· Diskaun RM50.00 diberikan kepada yang mendaftar sebelum 15hb Januari 2010.

Pembayaran boleh dilakukan dengan Bank-in jumlah bayaran (RM350.00) ke
Akaun Maybank 154110011279 (Maizal Bin Omar).

Selepas bank –in, SMS maklumat berikut
Nama, No KP, Jumlah Bank-in, Tarikh Bank-in, Masa Bank-in ke
0172688674 (Maizal bin Omar)
·
· JIKA TERDAPAT SEBARANG perubahan atau MAKLUMAT TERKINI, kami akan menghantar maklumat melalui email atau SMS peserta yang sudah melakukan pembayaran Yuran.

Siapakah Yang Patut Menghadiri WORKSHOP Ini?
· Mereka yang menghadapi masalah emosi seperti murung, risau, runsing, sedih, takut dll.
· Mereka yang ingin mengubah (membangunkan) dan meningkatkan potensi kekuatan minda
· Mereka yang selalu tertarik dengan subjek tentang HUKUM TARIKAN, KUASA MINDA, PENYEMBUHAN ENERGI, ESQ dan lain-lain.
· Ibubapa yang mempunyai anak bermasalah atau yang ingin meningkatkan prestasi belajar anak.
  • Suami Isteri, yang ingin menjaga atau meningkatkan hubungan.
  • Pelajar/Remaja yang mempunyai masalah atau yang ingin meningkatkan prestasi.
  • Dokter, ahli kesihatan alternatif, Juruterapi rawatan energi dll, demi meningkatkan keberkesanan proses penyembuhan pelanggan.
  • Ahli Psikologis, Kounselor, Motivator, Jurulataih dll; untuk membantu menangani isu dan masalah saikologi klien.
  • Pengurus, Pemimpin, Peniaga/Bisnesman, Pegawai Sumber Manusia dan lain-lain, untuk mengatasi dan meningkatkan prestasi kerja dan pembangunan diri.
  • Mahasiswa atau pelajar, yang ingin meningkatkan prestasi akademik.

Tempat Adalah Terhad!!


PPS: Selain dari apa yang telah dinyatakan di atas, ini juga adalah peluang untuk peserta berinteriksi dan berkongsi pengalaman bersama Jurulatih. Anda akan dapat mengemukakan secara terus segala kemusykilan dan permasalahn yang anda lalui dan hadapi. Siapa tahu, anda akan ketemu penyelesaianya di sana…Insya Allah.

Ayuh..Bebaskan EMOSI Anda SEKARANG!!
HUBUNGI 017-2688674 untuk mendaftarkan diri anda ke WORKSHOP ini.

AMAR MAHMOOD adalah Jurulatih Pembangunan Minda dan seorang Juruterapi Energi. Beliau adalah Certified Neuro Semantics-NLP Practitioner, Hypnosis & Time Lines, Master Reiki dan Pengamal EFT. Beliau juga merupakan Penulis 2 buah buku popular iaitu “Rahsia Minda Jutawan” & “Tarik Kekayaan Dengan KUASA MINDA“.

KURSUSPENGENDALIAN DISIPLIN PEKERJA DAN SIASATAN DALAMAN


Salam sejahtera kami ucapkan dari Kanida Q Management and Training Center. Kami adalah penyedia latihan Pengurusan Sumber Manusia ingin menawarkan kepada pihak tuan program kursus anjuran syarikat kami.

NAMA KURSUS :
PENGENDALIAN DISIPLIN PEKERJA DAN SIASATAN DALAMAN

TARIKH
2 – 3 Disember 2009

MASA
9:00 pagi hingga 5:00 petang

TEMPAT
Kuala Lumpur (akan ditentukan kemudian)

JANGKA MASA KURSUS
2 Hari

KOS KURSUS
RM850.00 sehari bagi setiap peserta. Bayaran adalah untuk bayaran professional penceramah, nota-nota kursus, sijil kehadiran peserta, makan dan minum (tidak termasuk penginapan).

(Akan dibantu untuk membuat tuntuan semula daripada HRDF bagi yang layak)

DISKAUN 10% DIBERIKAN KEPADA SYARIKAT YANG PERNAH/TELAH MENGIKUTI KURSUS AKTA KERJA 1955

STRUKTUR PROGRAM

Kuliah dengan seorang tenaga pengajar.

OUTLINE BAGI KURSUS
klik sini.
TENAGA PENGAJAR

BAYARAN
Pembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan Cek / Kiriman Wang Pos / Bank Draf atas nama Kanida Q Management and Training Centre dan dihantarkan bersama-sama borang pendaftaran peserta ke alamat PO.BOX 35, 75700 Melaka sebelum 29 November 2009.

Diskaun 10% diberikan kepada pembayaran yang dibuat sebelum 23 November 2009.

Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut, sukacita sekiranya pihak tuan dapat menghubungi KANIDA-Q melalui telefon, atau e-mail yang dinyatakan.


Terima kasih.

Wednesday

KURSUS AKTA KERJA 1955

KURSUS MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Salam sejahtera kami ucapkan dari Kanida Q Management and Training Center. Kami adalah penyedia latihan Pengurusan Sumber Manusia ingin menawarkan kepada pihak tuan program kursus anjuran syarikat kami.

NAMA KURSUS :
AKTA KERJA 1955 (TERMASUK PINDAAN)

TARIKH
23 – 24 November 2009

MASA
9:00 pagi hingga 5:00 petang

TEMPAT
Hotel Straits Meridian, Melaka.

JANGKA MASA KURSUS
2 Hari

KOS KURSUS
RM750.00 bagi setiap peserta. Bayaran adalah untuk bayaran professional penceramah, nota-nota kursus, sijil kehadiran peserta, makan dan minum (tidak termasuk penginapan).

Pendaftaran 3 orang : RM2,100.00.

STRUKTUR PROGRAM
Kuliah dengan seorang tenaga pengajar.

OUTLINE BAGI KURSUS
klik sini.

TENAGA PENGAJAR


BAYARAN
Pembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan cek atas nama Kanida Q Management And Training Center dan dihantarkan ke alamat P.O Box 35, 75700 Melaka.
Sila sertakan bersama senarai peserta yang akan mengikuti kursus menggunakan letterhead syarikat.

Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut, sukacita sekiranya pihak tuan dapat menghubungi KANIDA-Q melalui telefon 0172688674, atau e-mail kanidaq@gmail.com.

Diskaun 10% diberikan kepada pembayaran yang dibuat sebelum 9 November 2009.
Tuntutan dengan PSMB adalah layak bagi syarikat yang mencarum dengan PSMB

Monday

PROFAIL “TRAINER”

NAMA : HAJI ARIP BIN HAJI MOHD
NO. K/P : 501128 – 04 – 5239
UMUR : 56 TAHUN
ASAL : MELAKA



KELULUSAN

Mendapat pendidikan awal dari Kolej Islam, Klang dan melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia di Northern Territory University, Darwin, Australia.


KEPAKARAN

Undang-undang Buruh dan Perhubungan Perusahaan dan perkara-perkara yang berkaitan denganya, sebagai Pegawai Penguatkuasa dan Pegawai Pendakwa Jabatan Tenaga Kerja, Pengendalian Disiplin Pekerja Dan Siasatan Domestik. Dasar-dasar Perburuhan Negara, Strategi Mengatasi Isu-isu dan masalah-masalah Perburuhan.


PENGALAMAN


Memulakan kerjaya sebagaai seorang guru dan selepas itu sebagai seorang Pegawai di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor. Mulai tahun 1977, memulakan tugas baru sebagai Pegawai Buruh di Jabatan Buruh Pelabuhan Klang dan seterusnya sebagai Pegawai Kanan Buruh Negeri Melaka, Penolong Pengarah Buruh Temerloh, Pengarah Buruh Negeri Sembilan dan sebagai Pengarah Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan di ibupejabat Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia di Putrajaya dan juga merupakan Mantan Pengarah Tenaga Kerja Negeri Selangor.

Berpengalaman luas selama 30 tahun dalam bidang Perburuhan dan Perhubungan Perusahaan serta sebagai Pegawai Pendakwa Jabatan Tenaga Kerja. Pernah menghadiri beberapa seminar di Negara-Negara ASEAN seperti ‘Regional Training Program For Labour Attaches Protecting Migrant Workers : Strengthening Collaboaration in Asia, di Chiang Mai, Thailand. Pernah mengikuti Kursus dan Attachment di bawah program BMITA – JPA) British- Malaysia Industries and Trade Associaition) di Rothman of Pallmall, Malaysia-UK, pada Julai1998 - Januari 1999. Mewakili Kementerian Sumber Manusia dalam Persidangan Antarabangsa ASEAN GT di Singapura pada Jun 1999. Menghadiri Persidangan Perwakilan Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Filipina mengenai Kerjasama Dua Hala di Manila, Filipina pada 2004. Menghadiri dan mewakili Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia ddan Kementerian Sumber Manusia dalam menyediakan draf MOU mengenai Penggajian Pembantu Rumah Indonesia di Yogyakarta, Indonesia pada Februari 2006. Menjadi trainer bagi Pegawai-Pegawai Jabatan, Penceramah dan Pengajar Kursus Undang-Undang Perburuhan kepada Kesatuan Sekerja, Kesatuan Majikan, Agensi Kerajaan dan swasta serta Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) di seluruh Negara. Beliau juga adalah diakui sebagai “ Certified Trainer” oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF).

Tuah Hj. Arip masih menajdi pensyarah separuh Masa di Universiti Malaya, Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan Negara (ILKAP), Jabatan Perdana Menteri dan pelbagai institusi latihan sehingga sekarang. Pernah dilantik sebagai Jawatankuasa Penyemak Pindaan Undan-Undang Buruh Malaysia bagi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

PENGENDALIAN DISIPLIN DAN SIASATAN DALAMAN

OBJEKTIF

Memperjelaskan secara praktikal mengenai disiplin dan tatacara siasatan dalaman.

Memberi penerangan yang jelas berkaitan perlantikan pegawai penyiasat dan pendakwa serta panel siasatan dalaman.

Memastikan peserta dapat menjalankan siasatan dalaman sebaik sahaja selesai berbengkel.


OUTLINE

PENGENDALIAN DISIPLIN DAN SIASATAN DALAMAN


TANGGUNG JAWAB TERHADAP DISIPLIN

Line leader, foreman, Penyelia, Eksekutif, Pengurus
Tindakan segera sebarang kelambatan bererti memaafkan kesalahan (condonation)
Pastikan tindakan sentiasa relevan

PENERIMAAN ADUAN SALAHLAKU DAN TATACARA MENGENDALIKAN ADUAN SALAHLAKU

PERLANTIKAN PEGAWAI PENYIASAT / PEN. PEGAWAI PENYIASAT

Peranan dan langkah-langkah yang perlu diambil semasa siasatan
Teknik-teknik dalam penyiasatan
Kewajipan dan tanggung jawab pegawai penyiasat
Laporan siasatan

BILAKAH SIASATAN DALAMAN PERLU DIADAKAN

MERANGKA PERTUDUHAN

MENYEDIAKAN NOTIS SIASATAN

PERLANTIKAN

Pegawai Pendakwa / Penolong Pegawai Pendakwa
Ahli-ahli Panel
Surat mesyuarat dengan Ketua Bahagian / Unit dan panggilan saksi
Surat gantung kerja (jika perlu) kepada orang kena tuduh
Pencatat / Setia usaha

KELAYAKAN DILANTIK SEBAGAI PENDAKWA

9. PERSIAPAN YANG PERLU OLEH PENDAKWA SEBELUM SIASATAN DALAMAN

KELAYAKAN DILANTIK SEBAGAI PANEL DAN PENGERUSI PANEL

Kriteria pemilihan ahli-ahli panel
Tujuan mengadakan Badan Siasatan Bebas (ahli-ahli Panel)
Perlantikan ahli panel
Fungsi Panel Siasatan
Peranan ahli-ahli Panel sebelum Siasatan Dalaman

SEMASA MENGADAKAN SIASATAN DALAMAN

SELEPAS BERAKHIRNYA SIASATAN DALAMAN

PROSIDUR PERBICARAAN / SIASATAN DALAMAN

Pengerusi Panel dan ahli-ahli Panel memulakan perbicaraan
Sekiranya OKT mengaku bersalah
Sekiranya OKT mengadu tidak bersalah
Sekiranya OKT tidak diwakili oleh Pegawai Kesatuan Sekerja
Sekiranya OKTdiwakili oleh Pegawai Kesatuan Sekerja
Pembentangan kes pihak Pendakwa
Pembentangan kes pihak Pembelaan
Hujah Penggulung
Keputusan dan alasan keputusan
Laporan Siasatan Dalaman

14. TANGGUNG JAWAB PIHAK PENGURUSAN SETELAH MENERIMA LAPORAN SIASATAN DALAMAN

Jika didapati OKT tidak bersalah
Jika didapati OKT bersalah
Rayuan terhadap hukuman

15. CARA-CARA MENULIS / MEREKOD PERBICARAAN SIASATAN DALAMAN

ROLE PLAY (DALAM KES KAJIAN)
(2.00 PETANG – 4.30 PETANG HARI KE-2 KURSUS)

ROLE PLAY (DALAM KES KAJIAN)

AKTA KERJA 1955

OBJEKTIF

Memperjelaskan secara pratikal mengenai pindaan-pindaan kepada Akta Kerja’55 termasuk Pindaan Akta Kerja’98.

Memberi fahaman yang jelas berkaitan dengan implimentasi pindaan-pindaan baru.


Mencari jalan menyesuaikan pindaan tersebut dengan kerja harian yang lebih praktikal.



OUTLINE UNTUK AKTA KERJA 1955 TERMASUK (PINDAAN)

1. Pendahuluan
2. Definisi Pekerja, Gaji dan lain-lain.
3. Kontrak Perkhidmatan
a. bila kontrak perkhidmatan wajib dibuat bertulis
b. perkara-perkara yang perlu ada dalam kontrak perkhidmatan
c. had-had ke atas kontrak perkhidmatan

4. Penamatan kontrak Perkhidmatan / Disiplin, Salah laku dan Siasatan Dalaman
i. Penamatan kontrak cara biasa
ii. Penamatan kontrak di atas sebab-sebab khas
iii. Perlanggaran kontrak (Breach of Contract)
- oleh majikan
- oleh pekerja



5. Gaji – Bayaran gaji, Pendahuluan Gaji, Potongan gaji, Sistem bayaran
gaji, Keutamaan bayaran gaji, Tanggung jawab Prinsipal, Kontraktor dan sub
kontraktor membayar gaji.

6. Perlindungan wanita
· Larangan bekerja malam
· Larangan bekerja bawah tanah
· Perlindungan cuti dan elaun bersalin

FAEDAH-FAEDAH

1) Cuti rehat mingguan

2) Jam bekerja dan kerja lebih masa

3) Cuti Am bergaji, cuti tahunan bergaji, cuti sakit bergaji

4) Kadar gaji biasa (Ordinary Rate of Pay) seksyen 601

5) Bayaran-bayaran
· Cuti rehat mingguan
· Cuti Am
· Kerja lebih masa pada
- Hari kerja biasa
- Cuti mingguan
- Cuti am




6) Faedah Penamatan Kerja

7) Penggajian pekerja-pekerja asing

8) Aduan dan Siasatan – Mahkamah Buruh

9) Kuasa-kuasa Ketua Pengarah Tenaga Kerja, Pendakwaan dan Penalti

10) Kuasa-kuasa Tambahan Ketua Pengarah termasuk perlindungan kepada mereka
yang bergaji sehingga RM5000 sebulan

Wednesday

PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH KANIDA-Q

PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH KANIDA-Q
(KURSUS/BENGKEL UMUM DAN DALAMAN)


PROGRAM-PROGRAM TERAS
1. AKTA KERJA 1955
2. AKTA PAMPASAN PEKERJA 1952 (SKIM PAMPASAN PEKERJA ASING)
3. AKTA KESATUAN SEKERJA 1959
4. AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 19867
5. PENGENALAN ASAS UNDANG-UNDANG PERBURUHAN MALAYSIA
6. PENGENDALIAN KES BURUH
7. PROSEDUR PERBICARAAN MAHKAMAH BURUH DAN MAHKLAMAH PERUSAHAAN (PROSES MEMFAIL KES PERBICARAAN )
8. PENGGAJIAN PEKERJA ASING
9. PENAMATAN DAN PEMBERHENTIAN KERJA
10. PENGENDALIAN DISIPLIN PEKERJA DAN SUASATAN DALAMAN
11. GANGGUAN SEKSUAL DITEMPAT KERJA
12. ISU-ISU PERBURUHAN SEMASA DAN PENYELESAIANNYA
13. KEHARMONIAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN
14. PEMBENTUKAN PERUNDINGAN BERSAMA
15. PENGENDALIAN KITIDAKHADIRAN DAN PEKERJA-PEKERJA BERMASALAH
16. MOTIVASI PEKERJA-PEKERJA
· MOTIVASI BERKESAN DALAM ORGANISASI
· MOTIVASI DAN KEPUASAN BEKERJA
· MOTIVASI DAN KECEMERLANGAN ORGANISASI

17. KEPIMPINAN BERKESAN DAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL UNTUK PENYELIA
18. Teambuilding (kerja berpasukan)
19. perkhidmatan kaunter berkesan
20. amalan 5s yang efektif
21. Innovative Control circle (ICC)
22. icc untuk fasilitator
23. penggunaan 7 alat QC/icc
24. kem icc
25. tqm for organisational Excellence
26. kemahiran kejurulatihan / train of trainers (TOT)
27. benchmarking skills and application
28. total productive maintenance for managers

Sunday

Salam pertemuan.

Kanida-Q Management And Training Center mula menjalankan operasi melalui Kanida Network Marketing sejak 2 tahun lepas. Menumpukan kepada operasi pemasaran produk dan perkhidmatan. Seiring dengan peralihan fokus kepada pendidikan dan latihan, KNM kini menggunakan nama Kanida-Q Management And Training Center (Kanida-Q).

Bidang tumpuan Kanida-Q adalah kursus peningkatan pemahaman pengurusan Sumber Manusia, Kerjaberpasukan, kepimpinan, Pengurusan Qualiti, Pengurusan Pembangunan Staf, dan lain-lain.

Diuruskan oleh En Maizal Bin Omar sebagai Pengarah Urusan KANIDA-Q, dibanti oleh tenaga pengajar hebat dalam bidang masing-masing.

KANIDA-Q boleh dihubungi melalui Nombor telefon 0172688674 - En Maizal Omar.