Monday

PROFAIL “TRAINER”

NAMA : HAJI ARIP BIN HAJI MOHD
NO. K/P : 501128 – 04 – 5239
UMUR : 56 TAHUN
ASAL : MELAKA



KELULUSAN

Mendapat pendidikan awal dari Kolej Islam, Klang dan melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia di Northern Territory University, Darwin, Australia.


KEPAKARAN

Undang-undang Buruh dan Perhubungan Perusahaan dan perkara-perkara yang berkaitan denganya, sebagai Pegawai Penguatkuasa dan Pegawai Pendakwa Jabatan Tenaga Kerja, Pengendalian Disiplin Pekerja Dan Siasatan Domestik. Dasar-dasar Perburuhan Negara, Strategi Mengatasi Isu-isu dan masalah-masalah Perburuhan.


PENGALAMAN


Memulakan kerjaya sebagaai seorang guru dan selepas itu sebagai seorang Pegawai di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor. Mulai tahun 1977, memulakan tugas baru sebagai Pegawai Buruh di Jabatan Buruh Pelabuhan Klang dan seterusnya sebagai Pegawai Kanan Buruh Negeri Melaka, Penolong Pengarah Buruh Temerloh, Pengarah Buruh Negeri Sembilan dan sebagai Pengarah Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan di ibupejabat Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia di Putrajaya dan juga merupakan Mantan Pengarah Tenaga Kerja Negeri Selangor.

Berpengalaman luas selama 30 tahun dalam bidang Perburuhan dan Perhubungan Perusahaan serta sebagai Pegawai Pendakwa Jabatan Tenaga Kerja. Pernah menghadiri beberapa seminar di Negara-Negara ASEAN seperti ‘Regional Training Program For Labour Attaches Protecting Migrant Workers : Strengthening Collaboaration in Asia, di Chiang Mai, Thailand. Pernah mengikuti Kursus dan Attachment di bawah program BMITA – JPA) British- Malaysia Industries and Trade Associaition) di Rothman of Pallmall, Malaysia-UK, pada Julai1998 - Januari 1999. Mewakili Kementerian Sumber Manusia dalam Persidangan Antarabangsa ASEAN GT di Singapura pada Jun 1999. Menghadiri Persidangan Perwakilan Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Filipina mengenai Kerjasama Dua Hala di Manila, Filipina pada 2004. Menghadiri dan mewakili Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia ddan Kementerian Sumber Manusia dalam menyediakan draf MOU mengenai Penggajian Pembantu Rumah Indonesia di Yogyakarta, Indonesia pada Februari 2006. Menjadi trainer bagi Pegawai-Pegawai Jabatan, Penceramah dan Pengajar Kursus Undang-Undang Perburuhan kepada Kesatuan Sekerja, Kesatuan Majikan, Agensi Kerajaan dan swasta serta Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) di seluruh Negara. Beliau juga adalah diakui sebagai “ Certified Trainer” oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF).

Tuah Hj. Arip masih menajdi pensyarah separuh Masa di Universiti Malaya, Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan Negara (ILKAP), Jabatan Perdana Menteri dan pelbagai institusi latihan sehingga sekarang. Pernah dilantik sebagai Jawatankuasa Penyemak Pindaan Undan-Undang Buruh Malaysia bagi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

No comments:

Post a Comment