Thursday

Workshop EFT Intensif

Workshop
Intensive EFT for Success and Abundance
Cara Mudah “Memecah” Halangan Minda, "Blockage Energi" dan Konflik Diri (Inner Conflict) yang Kerap menjadi PUNCA UTAMA KEGAGALAN Anda mencapai Impian!




EFT adalah
…..sangat mudah dipelajari (dijamin peserta mampu mempraktiskannya selepas workshop)
…..sangat mudah digunakan (hanya beberapa minit sahaja )
…..praktikal dan saintifik ( tidak melibatkan sebarang ritual atau applikasi yang mengarut)
…..berkesan dan kekal impaknya.
…..mampu memberi harapan baru dikala kebanyakan teknik lain tidak berkesan.
…..dan banyak lagi……



Workshop EFT Intensif ini adalah sebahagian dari modul latihan bagi mereka yang berminat untuk mendalami teknik dan terapi terkenal di dunia pembangunan diri iaitu Emotional Freedom Technique ATAU dikenali sebagai EFT.


Walaupun EFT diasaskan bagi menangani pelbagai masalah kesihatan fizikal dan emosi, kejayaan luar biasa modaliti ini telah terbukti terutama dalam membangunkan POTENSI diri seseorang individu.


Workshop ini dibangunkan khusus bagi mereka yang mencari dan ingin mencapai kejayaan dan kemakmuran di dalam kehidupan.

Siapa Yang Sepatutnya Menyertai Workshop ini?


- Mereka yang sudah mengikuti pelbagai kursus atau seminar motivasi dan pembangunan diri TETAPI masih gagal dan sukar menmperolehi apa yang mereka inginkan.
- Individu yang mempunyai masalah kepercayaan, keyakinan diri dan rendah harga diri.
- Individu yang kerap mempunyai pemikiran dan emosi yang negatif.
- Mereka yang ingin mengenal diri dan meningkatkan ilmu serta pengetahuan tentang POTENSI DIRI.
- Trainer, Juruterapi dan Penyembuh (Healer) bagi meningkatkan pemahaman isu psikologi dan masalah psikosomatik.
- Mereka yang ingin melengkapkan teknik atau modaliti yang lain seperti NLP, MindPower, Reiki dan sebagainya.
- Individu yang mempunyai Impian dan cita-cita untuk berjaya baik dalam kerjaya, pendidikan mahupun pencapaian personal.


Peserta akan dibimbing untuk :-


Memahami pembangunan diri secara holistik.
Mengenal kemampuan minda, emosi dan kerohanian.
Memahami sistem tenaga tubuh dan alam semesta (Universal Law).
Meningkatkan kemampuan EQ dan SQ.
Menangani dan mengurus stres dan pelbagai masalah emosi yang lain.
Mengawal Fobia dan Ketakutan.
Mengurangkan kesakitan fizikal.
Menghapuskan "limiting belief", pemikiran negatif dan gangguan kepercayaan yang sering menjadi halangan kepada kejayaan.
Meningkatkan Potensi dan Pengembangan Personal
Meningkatkan ketenangan dan kedamaian dalaman (Inner harmony)
Membantu keluarga dan rakan-rakan yang mengalami masalah seperti di atas


Kandungan Workshop:


• Pengenalan kepada Penyembuhan Holistik dan EFT
• Sejarah dan Teori
• EFT –Basic Prosedure
• Short Cut dan Additional Applikasi
• Praktikal EFT
• Praktikal EFT untuk Masalah Fizikal
• Praktikal EFT Untuk Masalah Emosi
• Soalan dan Perbincangan

Maklumat Workshop

Tajuk : Intensive EFT For Success & Abundance
Tarikh : 27hb Nov 2010
Masa : 930am-430pm
Lokasi : Kuala Lumpur
Yuran : RM180.00


Material : Sijil dan Nota Lengkap
( Termasuk minum dan makanan ringan sahaja)


Tempat adalah terhad kerana workshop tertumpu kepada pendekatan "Therapy based training".
Sila daftar tempat anda sekarang untuk mengelakkan sebarang masalah.

Tuesday

PRA TEMPAHAN EDISI ISTIMEWA BUKU AKU TERIMA NIKAHNYA (3 JUDUL DALM 1)

JUDUL: Edisi Istimewa Aku Terima Nikahnya
PENULIS: Hasrizal Abdul Jamil
KATEGORI: Kemudi Rumahtangga
TEBAL: 568 hal (kulit keras)
HARGA: RM55/RM57 (S/S)

"Jangan pandang isteri dengan pandangan mata yang kering, atau pandangan akal yang gersang, jauh sekali pandangan nafsu yang melulu. Pandanglah isteri dengan pandangan hati, kerana hati itulah yang memberi makna kepada pasangan hidup kita.”

“Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin. Kerana rumah tangga bukan Utopia cloud nine. Ia adalah kombinasi suka dan duka.

Namun dalam duka tetap ada bahagia, itulah nikmat hidup berumah tangga. Medan memberi yang paling mulia.”

Dua petikan daripada Aku Terima Nikahnya ini, mampu membuka mata bagi pasangan yang mahu mencari bahagia dan Bercinta Sampai ke Syurga, kerana segalanya berlandaskan cinta yang diteladani daripada Junjungan Mulia SAW, seorang Murabbi Cinta yang hakiki!

Aku Terima Nikahnya merupakan sebuah trilogi iaitu kompilasi tiga buah buku: Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga dan Murabbi Cinta.

Diberi wajah baru dengan penampilan yang lebih kemas dan menarik. Edisi istimewa berkulit keras. Direka khas dan sesuai dijadikan hantaran perkahwinan. Pun begitu boleh juga dibaca oleh sesiapa jua.

Aku Terima Nikahnya merupakan terjemahan jalur pengalaman penulis dari sebelum berkahwin, kemudian mendirikan rumah tangga, seterusnya mempunyai anak. Amat sesuai dijadikan rujukan bagi pasangan yang belum, sedang dan telah berumah tangga.


Apa kata mereka yang telah membacanya?

1
Koleksi Aku Terima Nikahnya banyak memberi panduan kepada para remaja yang akan menempuh gerbang perkahwinan. Banyak isu yang diketengahkan adalah hasil pengalaman penulis yang telah menempuh asam garam perkahwinan dan mempunyai anak sebagai anugerah Allah.

Remaja yang suka bercinta perlu membaca buku ini agar dapat mengenal erti cinta dan tanggungjawab sebagai sepasang suami isteri, bapa, ibu, anak, ahli keluarga dan sebagainya.

Penulis mengolah buku ini berdasarkan pengalaman sendiri. Sketsa hidup yang terkandung di dalam buku ini tentunya menjadi daya penarik kepada para pembaca untuk mengikuti kandungan selanjutnya.

Bacalah Aku Terima Nikahnya kerana ia sesuai untuk seisi keluarga khususnya para ibu bapa yang ingin mengenali lebih jauh lagi erti sebuah perkahwinan yang diinginkan ... .
Kandungan buku ini menggarap pengalaman pasangan muda yang bertemu jodoh di bawah landasan syariat agama. Menarik dan penuh sarat dengan unsur nasihat. Kisah di dalam buku ini sekali-sekala mencuit hati.. Sungguh berguna dan tak rugi membacanya!
-CHE AMRAN IDRIS, Kumpulan RAIHAN

2

Sebagai pengikut setia Ustaz Hasrizal, saya gambarkan bahawa beliau sebagai pemikir yang memiliki satu keupayaan untuk mengupas sesuatu perkara dengan tepat mengena sasaran, ringkas tapi mantap, pedas tapi jujur, panas tapi ikhlas dan berapi tapi beralas.

Bahasa yang mudah dan tidak berbelit-belit begitu pantas dirakam oleh minda. Inilah kualiti pendakwah yang akan dirindui untuk zaman-berzaman.

Sehingga kini, saya amat terkesan dengan satu titipan dalam Aku Terima Nikahnya. Beliau menulis, “Seorang ibu dan ayah mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia - CINTA TANPA SYARAT.”

Saya rasa kalimah ini sahaja sudah mampu menjentik jutaan mata dan hati untuk menangis dan menginsafi akan kasih sayang ibu bapa sebagai anugerah terindah di mayapada.

Aku Terima Nikahnya bukan sahaja naskhah cinta gerbang perkahwinan, malah membawa bersama serangkaian cinta kepada Allah dan manusia yang wajar dijadikan koleksi berharga setiap Muslim. Inilah antara kupon daripada Ustaz Hasrizal untuk kita jadikan bekalan menuju gapura syurga abadi ... .
-AHMAD FEDTRI YAHYA, Personaliti TV3

3

Aku Terima Nikahnya karya Hasrizal Abdul Jamil bukan sekadar retorik. Falsafah cinta yang diutarakan tidak tertumpu pada cinta Adam dan Hawa, tetapi melampaui kehidupan selepas “Aku terima nikahnya ...” dilafazkan oleh bakal suami. Tulisannya tertumpu pada memulihara dan ‘survival’ sebuah perkahwinan.

DOs and DON’Ts yang dikongsikan wajar dijadikan rujukan bagi pasangan yang mahu atau telah berumah tangga. Sebuah buku yang amat relevan untuk masa kini. Patut dimiliki oleh orang yang cintakan kebahagiaan rumah tangga dunia dan akhirat.

Renung-renungkan dan selamat beramal.
-PROF. MADYA HJ. MD IZUDDIN HJ. ALI (IZZI), Pensyarah /Perunding Motivasi


Petikan 1
“Ustaz, berapa kali saya boleh SMS tunang saya?” tanya seorang pelajar.
“Berapa kali? Anta nak dalil Quran dan hadis ke tentang jawapan berapa kali anak nak beri?” saya sedikit terlopong.
Dalam usaha untuk menjaga batas-batas agama, kerana seorang tunang dengan tunangnya masih tetap warga asing yang ajnabi, kadang-kadang banyak persoalan pelik yang ditimbulkan.
Soal berapa kali agama membenarkan SMS, menunjukkan unsur-unsur robotik dalam kefahaman pelajar tersebut tentang komitmennya dalam beragama.

Petikan 2
Nasihat peribadi saya kepada adik-adik di bangku pengajian, ... gunakanlah peluang semasa belajar ini untuk meneroka kehidupan habis-habisan. Mengembaralah. Carilah pelajaran daripada sebuah pengalaman. Keluarlah dari kelompok sebangsa seagama untuk mempelajari realiti. Lakukan semua ini pada setiap detik dan masa yang terhad itu.
Justeru, selesaikanlah dulu pengajian sebelum bernikah. Dengan ibu bapa pun mudah cerita, prospek diri sebagai manusia da‘i juga banyak kelebihannya. Mungkin dengan penangguhan keinginan berumah tangga itu, membolehkan anda menawarkan lebih banyak bahan perkongsian berupa pengalaman dan kebaikan buat diri, keluarga, masyarakat dan ummah. Apa yang penting, jangan tergesa-gesa, jangan bertangguh-tangguh. Berkahwin jangan kerana terikut-ikut.

Petikan 3
“I kerja untuk you sayang!” kata suami sambil membawa pulang hadiah cincin belah rotan buat isterinya.
Semasa itu gajinya RM800 sebulan.
“I kerja untuk you sayang!” ulang suami sambil membawa pulang cincin solitaire untuk isteri yang dikasihi.
Gaji sudah meningkat RM4 000 sebulan.
“I rasa nak buka cawangan barulah sayang!” kata suami membawa pulang ‘payung emas’ berupa surat izin untuk ditandatangani isteri.
Gaji ketika itu sudah RM 10 000 sebulan.
Bukanlah poligami itu isunya, tetapi mengapa semasa bergaji RM800 sebulan, kerjanya untuk isteri, tetapi apabila gaji mencecah RM10 000, sudah bercadang mahu membuka cawangan?


KANDUNGAN

AKU TERIMA NIKAHNYA

Erti Sebuah Perkahwinan
Menguruskan Fikiran Tentang Perkahwinan
Mengikat Pertunangan Dalam Kesederhanaan
Muslim Rumah Tangga 1
Muslim Rumah Tangga 2
Pedoman Bagi Yang Mencari
Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat
Isteri Dan Mata Hati
Cinta Antara Planet
Di Mana Janji Kita
Sunahkah Meramaikan Anak?
Hari Kesedihan Atau Kegembiraan?
Syawal Pertama Tanpa Dia
Cinta Tanpa Syarat
Menyengajakan Beberapa Kesusahan
Tiga Hospital, Tiga Suasana
Apa Ada Pada Nama?
Muhammad Imaduddin Genap Setahun
Yop Dapat Hadiah
Gelagat ‘Ahli Fitrah’
Iau, Iau
‘Cerdik’, Bukan Macam Sang Kancil
Jangan Remehkan Keselamatan Anak-anak
Manusia Separuh Manusiawi
Kita Dapat Apa Yang Kita Beri
Dosa Kita Mengatasi Kesalahan Anak-anak
Abi Dinosaur, Ummi Raksasa
Pabila Anak Menegur
Layanan Terbalik Ibu Bapa Yang Pelik
Mencari Kekasih
Memaknakan Sebuah Kehidupan
Memaknakan Dunia Dengan Akhirat
Di Mana Damai Desa?
Sehari Yang Sebegini
Dalam Derita Ada Bahagia
‘Dua Sepasang’ Itu Masih Ada


BERCINTA SAMPAI KE SYURGA

Erti Kejayaan Diri
Lelaki Dan Keluarga, Seperti Imam Dengan Makmumnya
Kamu Sentiasa Layak Diuji
Maaf Tanpa Syarat
Kemaafan Yang Kudambakan
Hilang Tak Berganti
Kembali Ke Asal
Teori Evolusi Cinta
Cinta Songsang Semakin Songsang
Kahwin Semasa Belajar
Sebelum Dibius Cinta
Ibrah Yusuf Mendepani Biusan Cinta
Si Polis Cinta
Jodoh Tidak Datang Bergolek
Saifulislam.Com Halalkan ‘Couple’?
Antara Tuhan Dan Hantu!
Saya Bukan Bapa Mithali, Hanya Realiti
Anak Pejuang
Televisyen Manusia Mukallaf
Zikr Al-Maut Yang Mengundang Maut
Sang Kancil Bukan Mukmin Profesional
Puasa Yop, Puasa!
Krisis Pendidikan Seks
Bagaimana Untuk Saya Pulang Ke Rumah?
Halim Dan Davey
Anugerah Buatmu Sayang
Manual Cinta Haraki
Tanggungjawab Tanpa Cinta
Hadiah Terbaik Daripada Isteriku
Rumah Tangga Cara Baru Dan Lama
Setelah Pulang Daripada Perantauan
Perempuan Suka ‘Tuisyen’
Permulaan Yang Baik Bukan Suatu Jaminan
Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Isteri
Lebih Baik Daripada Abu Zar‘in
Seni Membentuk Manusia
Bencana Kejahilan Intimasi Suami Isteri
Mehnah Kepada Mawaddah Dan Rahmah
Merawat Suami ‘Bisu’
Cinta Seratus Peratus
Bercinta Sampai Ke Syurga


MURABBI CINTA

Bekalan Titik Mula
Tuliskan Pengalaman Itu
Si Kecil Pembunuh
Berguru Dengan Pokok Semalu
Aidiladha: Satu Kekurangan Seribu Kelebihan
Musibah Berantai
Didikan Allah Untuk Bakal Manusia Hebat
Jangan, Monyet! Jangan!
Fitnah Di Hujung Lensa
Taubat Sambal Belacan
Iman Bukan Warisan
Merebut Saham Anak Muda
Baik Bos!
Mendidik Anak Berdakwah
Mendidik Anak Berpolitik
Mendidik Anak Berfikir
Kenapa Ummi Mengandung?
Mendidik Anak Ilmu Kebal
Makin Betul Kata, Makin Salah Makna
Tidurlah Sayang
Merawat Budaya Kuning Anak-anak
Bahasa Keliru, Anak Pun Keliru
Menyelesaikan Pergaduhan Anak-anak
Metode Khalifah
Sotong Tangan Lapan, Abi Tangan Dua
Di Sebalik Cinta Tanpa Syarat Itu
Antara Orang Agama Dan Orang Beragama
Kasih Ayah Membawa Ke ‘Neraka’!
Impian Umar Terhadap Anakmu
Seni Kata Putus
Nasihat Yang Menghasilkan Diam
Kenangan Terhalal
Selamatkan Uda Dan Dara Dengan Hikmah Puasa
Jangan Sekadar Syurga Dunia
Epal Busuk Hadiah Pengantin Baru
Arah Tuju Sebuah Cinta
Benci Yang Dengan-Nya Sudah Berganti
Buat Kalian Yang Baru Pulang
Rumah Tangga Hilang Perencah Kata
Selamatkan Rumah Tangga Dengan Hikmah Puasa
Sepatutnya Yang Tak Patut
Sempitnya Dunia Luasnya Gua
Dia Pernah Mencintaimu
Murabbi Cinta, Seorang Nabi


Cara tempahan.



1. Bank-in RM55.00 ke dalam akaun Maybank no 154110011279 (Maizal Bin Omar)

2. Email maklumat Nama penuh, Alamat, Tarikh bayaran, Masa Bayaran ke maizal231072@yahoo.com