Wednesday

Emotional Freedom Technique (EFT)

Kanida-Q Management and Training Centre menganjurkan kursus EFT. Anda hanya perlu beberapa jam untuk belajar EFT. Setelah itu, anda akan mampu untuk mengamalkan EFT untuk menghilangkan berbagai masalah emosi, membantu menyembuhkan berbagai penyakit fisikal serta mengembangkan potensi diri anda. Setelah anda menguasai EFT, anda juga boleh membantu menyembuhkan orang lain atau mengajarkannya kepada siapapun yang memerlukannya.

Emotional Freedom Technique (EFT) adalah sebuah terapi psikologi praktik yang dapat menangani pelbagai jenis penyakit, samada penyakit fisikal mahupun penyakit berkaitan psikologis (masalah minda dan emosi). Dapat dikatakan EFT adalah versi psikologi dari terapi akupunktur yang menggunakan jarum.

EFT tidak menggunakan jarum, melainkan dengan menyelaraskan sistem energi tubuh pada titik-titik meridian di tubuh Anda, dengan cara mengetuk (tapping) dengan hujung jari. Teknik ini sangat mudah dipelajari dan dapat diterapkan di mana sahaja, untuk siapa sahaja.

Menurut teori ilmu EFT, penyebab segala emosi negatif adalah terganggunya sistem energi tubuh. Dan emosi-emosi negatif yang tak terselesaikan, menjadi penyebab utama kepada hampir semua penyakit fisikal kita. Sedangkan kaedah penyembuhan barat ketika ini masih mengabaikan fakta bahawa emosi negatif adalah penyebab dari 85% penyakit fisikal. Sebab itulah mengapa EFT sering kali berjaya pada keadaan-kedaan yang tidak dapat ditangani dengan terapi atau perubatan konvensional.

Gary Craig, pengasas EFT tidak mendakwa bahwa EFT itu sempurna. Tetapi pada banyak keadaan, EFT bekerja sangat cepat dan dengan hasil menakjubkan. EFT sering kali berhasil menyembuhkan pada ketika teknik lain tidak boleh.

Beberapa masalah yang boleh diselesaikan dengan EFT antara lain: Kecemasan, Kemarahan, Compulsive Behavior, Panic disorder, ketagihan (rokok), Stress dan Depresi, Trauma, Ketakutan dan Phobia (ketinggian, binatang, atau benda tertentu), Kecemasan di tempat umum, gementar berucap di khalayak ramai, Sakit Kepala / Migrain, Menghilangkan keyakinan negatif, Perasaan malu / bersalah, Insomnia, Kekecewaan atau sakit hati, Peak Performance, Masalah seksual, Masalah pada anak atau wanita, Kanser, Allergi dan masalah lainnya.

Sejarah Singkat EFT

Boleh dikatakan, EFT adalah versi emosional dari akupuntur. bezanya, EFT tidak menggunakan tusukan jarum, cuma hanya ketukan ringan dengan hujung jari. Teknik penyembuhan akupunktur sendiri sudah dikenali lebih dari 5000 tahun. Dr. John Diamond menulis tentang hubungan “sistem energi tubuh” dengan gangguan psikologi. Dari konsep ini dilahirkan cabang baru dari ilmu psychology, iaitu Energy Psychology.

Dr. Roger Callahan, seseorang yang juga sudah lama mempelajari sistem energi tubuh menciptakan teknik terapi yang kontroversi yaitu Tought field Therapy (TFT) atau juga dikenal sebagai Callahan Technique.

Pada ketika itu tahun 1980 Dr. Callahan sedang menangani seorang bernama Mary yang mengalami sakit kepala berpanjangan dan mimpi buruk yang menakutkan kerana fobia terhadap air yang sangat parah. Hingga suatu hari, Dr. Callahan mencuba cara terakhir diluar batas ilmu psikoterapi. Dengan pengetahuan “sistem energi tubuh” yang diketahuinya, beliau mengetuk (tapping) dengan hujung jarinya ke bahagian bawah mata. Setelah pulang Mary melaporkan phobianya hilang dan dia berani mendekati kolam air dan memercikan air ke mukanya tanpa rasa takut. Sakit kepalanya hilang demikian juga dengan mimpi buruknya. Dari situlah Dr. Callahan mengembangkan Tought field Therapy (TFT).

Murid pertama yang mempelajari teknik TFT daripada Dr. Callahan adalah Gary Craig. Kerana tekniknya dirasakan rumit, Gary Craig mempermudahkan TFT menjadi teknik yang lebih mudah dipelajari tapi tetap efektif. Teknik yang dikembangkan oleh Gary Craig inilah yang dinamakan Emotional Freedom Technique (EFT). Gary Craig memperkenalkan teknik ini ke seluruh dunia. Dan pada pada satu ketika beliau menawarkan untuk melakukan terapi kepada para veteran perang Vietnam di VA (Veteran Administration) yang sudah puluhan tahun menderita Post traumatic Stress Disorder (PTSD). Dalam 6 hari Gary berjaya membebaskan 20 orang veteran dari penderitaan puluhan tahun kerana perang Vietnam.

Prinsip Kerja EFT

EFT merupakan teknik akupunktur versi emosional. Berbeza dengan teknik akupuntur pada umumnya yang menggunakan jarum, EFT menggunakan tapping (ketukan ringan) dengan jari di 18 titik meridian tubuh untuk mengatasi hampir semua hambatan emosi dan fisikal. Ya, memang hanya ada 18 titik yang perlu pelajari dalam EFT. Anda tidak perlu mempelajari 300 titik akupuntur yang menggunakan jarum.


Ketika seseorang mengalami hambatan emosional seperti marah, kecewa, sedih, cemas, stress, trauma dsb., aliran energi di dalam tubuh yang melalui titik meridian tubuh akan terganggu. Dan untuk menghilangkan hambatan-hambatan emosi di atas, kita perlu memperbaiki gangguan aliran di titik meridian dengan cara mengetukkan jari dengan cara tertentu sesuai teknik EFT.


Untuk melakukan ketukan pada 18 titik meridian tubuh hanya memerlukan 4 prosedur yang sederhana dan mudah diingat, yang dinamakan resepi asas (basic recipe). Prosedur ini dapat digunakan untuk mengatasi hampir semua masalah emosi negatif dan fisikal. Sangat mudah untuk belajar EFT, anda hanya memerlukan beberapa jam sahaja.

Kelebihan EFT dibandingkan teknik terapi lainnya adalah :

*Menyembuhkan dengan sangat cepat. Anda tidak perlu menghabiskan waktu berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk menyembuhkan gangguan emosional yang boleh lenyap dalam tempoh minit atau jam dengan EFT.

*Sering kali EFT hanya memerlukan satu atau dua sesi sahaja untuk mendapatkan kesembuhan, dan kadang-kadang terjadi secara terus.

*Oleh sebab emosi negatif boleh dihilangkan dengan EFT, maka masalah-masalah fisikal mulai hilang dengan sendirinya. Menurut pengalaman para pengguna EFT, sakit migraine puluhan tahun, sakit punggung, kanser dan gejala-gejalanya, komplikasi ginjal, lever, dan lain-lain boleh sembuh dalam masa yang singkat.

*Walaupun EFT tidak bekerja 100%. Tetapi biasanya bekerja baik dan hasilnya kadang-kadang menakjubkan.

*EFT sangat lembut dan sering mencapai penyembuhan dengan sedikit atau tidak ada merasa sakit sama sekali.

*Tidak memerlukan alat bantu seperti jarum, ubat dan herba.

*Disokong oleh banyak penelitian ilmiah

*Digunakan oleh lebih dari 100.000 pengamal (practitioner) di seluruh dunia

*EFT sangat sederhana dan mudah dipelajari, bahkan anak-anak pun boleh melakukan teknik EFT sendiri.

*Teknik penyembuhan konvensional hanya mengatasi hambatan fisikal. Tapi EFT dapat mengatasi baik hambatan-hambatan fisikal mahupun emosional.

*EFT dapat dilakukan dimana sahaja dan pada bila masa sahaja.

*EFT bersifat kompatibel dan tidak bertentangan dengan penyembuhan medik. Tetapi EFT dapat membantu percepatan proses penyembuhan medik.

*Dapat digunakan untuk menterapi diri sendiri dan orang lain

EFT dan Hypnosis

Meskipun secara tekniknya berbeza, EFT dan Hypnosis punya persamaan dalam prinsip bahawa masalah emosi boleh menyebabkan gangguan fisikal. Itulah sebabnya para terapist dan konsultan pengembangan diri sering menggunakan EFT sebagai terapi utama maupun pelengkap setelah hypnotherapy.

Para hypnotherapist ketika ini umumnya juga menguasai EFT dengan sangat baik, kerana mereka tahu walaupun hypnosis sangat efektif, hypnosis tidak boleh diterapkan pada semua orang. Misalnya untuk menyembuhkan bayi dari fobia atau trauma, sangatlah sukar atau bahkan tidak mungkin menghipnotis bayi. Namun EFT boleh.

EFT juga boleh digunakan untuk penyembuhan jarak jauh yang mana hypnosis tidak boleh. Dengan terapi EFT jarak jauh, anda boleh membantu menyembuhkan keluarga atau rakan anda yang sedang sakit.

Anda boleh belajar EFT dengan cara berikut ini:

1. Kunjungi Website Pengasas EFT

Anda boleh belajar EFT langsung dari pangasasnya. Kunjungi sahaja www.emofree.com. Anda boleh membeli Video Pelatihan EFT yang dibuat oleh Gary Craig, atau mendaftarkan alamat email anda di www.emofree.com untuk mendapatkan Ebook Panduan EFT secara percuma. Baik Video maupun Ebook yang dipublikasikan oleh Gary Craig, semuanya berbahasa inggeris tanpa ada terjemahan Bahasa Melayu.

2. Kursus Emotional Freedom Technique

Kalau anda ingin yang lebih mudah, anda boleh hadir ke Kanida-Q Management And Training Center. Kami akan mengajarkan EFT dalam waktu singkat. Hanya memerlukan sekitar 6 jam untuk menguasai teori dan sekaligus praktikalnya. Dalam kursus singkat ini akan dilakukan terapi secara langsung jika diperlukan. Setelah pelatihan anda langsung boleh mempraktikkannya. Yuran yang dikenakan adalah Rm350.00 termasuk makan dan minum.

3. Mengikuti Kursus Umum

Dari semasa ke semasa, Kanida Q Management ada menganjurkan kursus-kursus umum yang boelh disertai oleh semua orang. Sila dapatkan maklumat bengkel semasa di http://kanidaq.blogspot.com

4. Kursus secara personal. Anda boleh menetapkan tempat dan masa untuk anda mempelajari EFT ini mengikut kesesuaian anda. Jurulatih kami akan menemui anda. Yuran dikenakan adalah RM450.00.

Thursday

SAKIT JIWA TINGKAT KES BUNUH DIRI


Merujuk surat Dr Wan Mohd Rushidi Wan Mahmud bertajuk Gangguan Jiwa patut diiktiraf sakit kritikal 11 januari lalu. Harus diakui kesihatan mental masih kurang mendapat perhatian berbanding penyakit diabetes, kardiovaskular, barah dan AIDS.

Statistik kementerian Kesihatan menunjukkan 400,227 pesakit mental mendapat rwatan di hospital kerajaan pada 2008, sekaligus menyaksikan peningkatan 15.6 peratus berbanding 346,196 pesakit pada 2007.


Statisktik Jabatan Psikologi Universiti Malaya yang menunjukkan sekurang-kurangnya satu daripada sembilan rakyat Malaysia mengalami masalah mental juga amat membimbangkan.

Keadaan ini turut menyumbang kepada peningkatan bunuh diri iaitu 9 dan 12 orang bagi 100,000 penduduk berbanding lapan mangsa pada 1980an. Kadar membunuh diri kaum India pula mencatat antara 30 - 35 mangsa setiap 100,000 penduduk.

Analisis terhadap 21,144 individu yang menghubungi Befrienders Kuala Lumpur, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan khidmat kaunseling untuk mereka yang putus asa mahu membunuh diri pada 2007 menunjukkan 20 peratus yang menghubungi NGO itu ialah mereka yang mahu membunuh diri.

Kajian Daftar Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia (NRSM) bagi Julai-Disember 2007 mencatatkan 113 kes dengan 82 daripadanya lelaki dan 41 sudah berumahtangga.

Laporan sulung NRSM membabitkan kajian enam bulan itu turut menyatakan kecelaruan mental secara konsisten ditemui dalam setiap kes membabitkan mangsa yang membunuh diri.

Keadaan kesihatan mental kanak-kanak juga membimbangkan tetapi dipandang remeh.

Menurut Pertubuhan KSeihatan Sedunia, dianggarkan 20 peratus kanak-kanak di seluruh dunia mengalami masalah mental, kebanyakannya tidak dikesan dan tidak diberikan rawatan awal.

Masalah kesihatan mental yang kerap berlaku kepada kanak-kanak ialah gangguan daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD) serta gangguan daya tumpuan (ADD).

Kajian Jabatan Psikiatri Pusat Perntadbir Universiti Putra Malaysia bersama lima sekolah di Petaling Jaya mendapati lebih 50 murid mengalami masalah ADHD dan secara puratanya setiap kelas Mempunyai seorang kanak-kanak ADHD pada peringkat berbeza.

Sementara itu, dianggarkan lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidap skizofrenia iaitu penyakit mental paling serius.

Namun, kebanyakan penghidapnya tidak menyedari penyakit ini kerana seperti kata Dr Wan Mohd Rushidi, kebanyak pesakit lebih percayakan bomoh, sinseh dan perantara.

Kes seorang pelajar sekolah agama yang dituduh membunuh Muhamad Khairul Nizam Riza Azmi ,7 tahun, gara-gara seekor ayam belanda, disahkan menghidap skizofrenia dan seorang ibu tujuh anak mencurah petrol ke badan dipercayai kecewa dengan anak perempuannya sudah cukup jelas memaparkan rendahnya tahap kesihatan mental rakyat Malaysia secara amnya. Soal utamanya mengapa masa terlalu lama untuk mengiiktiraf gangguan jiwa sebagai sakit kritikal di negara ini.
Artikel ini diambil dari ruangan surat & E-mel Berita Harian (Khamis - 14 Januari 2010)

Wednesday

EFT: The Universal Healing Tool That Modern Medicine Has Missed

MEMBEBASKAN EMOSI NEGATIF-eft

For those who would like a quality introduction to EFT, here is an article that will soon appear in a new book, “101 Great Ways to Improve Your Health” by David Riklan and Dr. Joseph Cilea of Self-Growth.com.

New Discovery Takes Chinese Medicine to a New Level

Thousands of years ago, physicians in China mapped the body’s electrical system. They charted fourteen energy paths, or meridians, and documented how stimulating specific points along those paths released energy blocks, restored the normal flow of Chi, or healing energy, and improved health.

Acupuncture, in which very thin needles are inserted at precise locations, is one way to achieve this result. Acupressure, in which massage or pressure stimulates the same points, is another.

But until recently, no one realized that tapping on key acupuncture points while focusing on a specific problem could eliminate or significantly reduce physical, mental, or emotional symptoms.

That’s why Emotional Freedom Techniques (EFT) is such an exciting discovery.

EFT’s underlying premise is that the true cause of every negative thought and most physical symptoms is an energy block along one or more of the body’s meridians. The combination of tapping and mental focus releases both the energy block and the problem it causes. No matter what they worry about, people of all ages, including small children, can change their minds from stressed to relaxed and improve their health and happiness, usually in less time than it takes to read this chapter.

Versatile and Widely Accepted

At first I didn’t realize how versatile EFT would become or how dramatically it transforms physical as well as emotional symptoms. Then the reports began to arrive. Whenever someone asked whether EFT works on a particular condition, such as allergies, high blood pressure, colds and flu, indigestion, arthritis, asthma, insomnia, sprains, or anything else, my answer was always the same: try it, and let me know what happens.

Soon, thousands of people with no special training were sharing their results. They had tapped and lost weight, stopped smoking, recovered in minutes from muscle sprains, chased migraine headaches away, stopped pain, and recovered from all types of illness or injury.

Many medical doctors and licensed health care practitioners have adopted EFT and use it routinely. Their patients often recover without the drugs or surgery they were scheduled to receive, or they heal faster, or chronic conditions that persisted for years suddenly improve or disappear.

Physical therapists working with athletes report that sports performance improves whenever EFT is part of the treatment. Many amateur and professional athletes use EFT to increase their stamina and coordination and to prevent injury. In fact, quite a few have used EFT to significantly improve their performance in everything from golf, baseball, bowling, soccer, or gymnastics to running a marathon.

Medicine’s Major Miss

What excites me most about EFT is its application to physical health and wellness. I’m convinced more than ever that modern medicine has walked right by a major contributor to chronic and acute diseases. Our unresolved angers, fears, and traumas show up in our physical bodies and manifest as rheumatoid arthritis, cancer, multiple sclerosis, Parkinson’s disease, and hundreds of other illnesses.

Just about everyone knows this intuitively. Whenever Los Angeles physician Eric Robins, MD, shows patients how to do EFT, he explains that past traumas can be stored in muscles and organs in the body and that releasing past events and all the emotions they generate may alleviate physical symptoms. Dr. Robins reports that most patients grasp this concept at once, and as soon as they tap away their anger, frustration, or unhappy memories, their symptoms improve.

Psychologists have always known that there are powerful connections between mind and body, but conventional talk therapy seldom cures anything, and neither do psychoactive drugs.

But balancing the body’s energy can help cure everything, and it’s as simple as tapping on your head and torso while focusing on the problem. As Dr. Robins explains, this simple procedure releases or neutralizes the illness’s underlying cause, and as soon as that happens, the illness itself disappears.

Ever since I discovered how simple and effective EFT can be, I’ve been a man on a mission. So far, 350,000 people have downloaded my free EFT manual (it gives all the basics), my free online newsletter goes to several hundred thousand subscribers, and more than thirty books have been written about EFT. To help spread the word, those who purchase my inexpensive instructional DVDs have my written permission to make one hundred copies of each disc to share with others. Thousands of EFT practitioners around the world teach classes and work with clients. These practitioners include nurses, doctors, chiropractors, acupuncturists, massage therapists, physical therapists, nutritionists, clinical psychologists, licensed social workers, and counselors of every description.

No technique or procedure works for everyone, but by all accounts, approximately 80 percent of those who try EFT for a specific problem experience significant results. That’s a stunning statistic.

In Most Cases, Try EFT First

EFT has come a long way in ten years, but it’s not even a blip on conventional medicine’s radar. When it is noticed, it’s often relegated to the “support therapy” category, something to be used later, after conventional treatments. I hope that will soon change. Unless there is a medical emergency that requires immediate attention, EFT should be the first treatment that doctors offer. This, in my observation, will dramatically reduce the need for drugs, surgery, or radiation. Even in emergencies, such as accidents or injuries, EFT can be extremely helpful, for it helps people think clearly while reducing pain and discomfort. In all situations, it speeds recovery and healing.

To satisfy my curiosity about EFT’s effectiveness in the treatment of serious diseases, over the last two years, I traveled to different cities giving three-day seminars, in which I worked onstage with actual patients. As a result, I know more than ever that EFT is a truly universal healing tool. The same basic approach that treats diabetes, chronic fatigue syndrome, and multiple chemical sensitivities works as well for eyesight, muscular dystrophy, rheumatoid arthritis, asthma, allergies, pulled hamstring muscles, high blood pressure, and heart disease. And when it comes to fears, phobias, and anxiety, EFT is in a class by itself.

EFT is so new that it’s still evolving. I encourage practitioners and newbies alike to experiment—to try it on everything. It’s so versatile that you can use it on yourself, others, and animals. Some have even used it on plants, cars, and computers. It makes sense that if your energy is balanced, everything inside you and everything around you benefits.

I hope that everyone who reads this will be curious enough to try EFT. It’s easy to learn, easy to do, and can literally save your life.