Thursday

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS

KanidaQ Mangement And Training Centre akan menganjurkan dua buah kursus hebat pada 18hb dan 19hb Disember 2010 ini. Anda pasti akan melalui tahun 2011 dengan penuh kehebatan selepas menghadiri kedua-dua kursus tersebut.

Sebagai menghargai sokongan anda semua, kami menawarkan bayaran sebanyak RM280.00 sekiranya anda ingin hadir di kedua-dua kursus tersebut.

1. WORKSHOP "WHOLE BRAIN" METHOD (18hb Disember 2010)
2. Workshop EFT Intensif(19hb Disember 2010)

Tawaran ini akan berakhir pada 13 (hb Disember 2010.

Segera ambil peluang hebat untuk menghadiri kursus yang akan memabantu meningkatkan potensi diri anda.

WORKSHOP "WHOLE BRAIN" METHOD

Program Latihan LENGKAP (Modul Pembangunan Minda)
WORKSHOP "WHOLE BRAIN" METHOD

Walaupun terdapat banyak latihan KUASA MINDA yang ditawarkan di luar, Workshop Whole Brain Method adalah satu pakej latihan yang menumpukan pembangunan otak dan minda secara HOLISTIK dan bermatlamatkan pencapaian keseimbangan otak yang seterusnya akan menjana prestasi, kemampuan dan memperkasakan POTENSI yang dimiliki oleh Otak dan Minda.

Tarikh : 18hb Disember 2010 (Sabtu)
Masa 9.30am-430pm
Lokasi : Kuala Lumpur
Yuran : RM180.00
(Mereka yang mendaftar sebelum 6/12/10 HANYA perlu membayar RM150.00 sahaja)

Sila hubungi 017-2688674 untuk pendaftaran atau maklumat lanjut.

Peserta akan didedahkan tentang :-

-"Brain Power" dari sudut Neurosains dan Metafizik
-Potensi dan Kekuatan Otak
- (The Triune Brain) : Memahami Otak secara fizikal
-Kemampuan Otak Kiri & Otak Kanan
-Bagaimana mencapai keseimbangan otak (whole brain synchronization)
-Kaedah Membangunkan kekuatan Otak Kiri dan Otak Kanan
-Latihan meningkatkan kemampuan Otak
-Kaedah berkomunikasi dengan minda sedar & separa sedar
-Rahsia Frekuansi atau Getaran KUASA Minda
-Praktikal dan Teknik Applikasi menggunakan Otak dalam mencapai matlamat dan kejayaan.
-Bagaimana menyelaraskan tenaga otak dengan Tenaga Alam (Hukum Tarikan)
-Bagimana menjaga kesihatan dan kemampuan otak
Dan banyak lagi maklumat BERHARGA yang HANYA didedahkan pada WORKSHOP tersebut!

Rebut pelung untuk membangunkan potensi luar biasa diri Anda!

Siapakah Yang Patut Menyertai WORKSHOP Ini?
  • Semua peminat atau pengamal Potensi Kekuatan Minda
  • Mereka yang pernah mengikuti sebarang kursus KUASA MINDA sebelum ini.
  • Mereka yang ingin mengetaui potensi kemampuan diri sendiri.
  • Mereka yang bekerja banyak menggunakan otak terutama yang banyak berfikir, menganalisis, memberi tumpuan dan sebagainya.
  • Mereka yang terlibat di dalam bidang Jualan seperti Agen Insuran, MLM, Agen Jualan, dan sebagainya.
  • Mereka yang bekerja dan usahawan yang berorentasikan target dan matlamat.
  • Semua individu yang ingin sukses dan membangunkan kemampuan personal!

Untuk tujuan PENDAFTARAN, Sila uruskan pembayaran anda melalui:-

Bank : MAYBANK – 154110011279
Akaun : Maizal Bin Omar

Kemudian hantarkan nama dan detail bayaran anda melalui sms ke :- 0172688674

Jurulatih : Amar Mahmood
Amar Mahmood merupakan pengasas AL QUDRAH Training & Consultancy yang aktif mengendalikan pelbagai kursus, workshop dan seminar bagi topik pembangunan diri, kepimpinan dan komunikasi persuasif khusus bagi organisasi korporat, awam dan orang perseorangan.


Merupakan pemgamal, NS-NLP, Hipnosis, Time Lines, Mind Power dan Reiki. Beliau mempunyai pengalaman luas di dalam subjek ini dan sudah mengendalikan pelbagai workshop untuk organisasi dan individu perseorangan.


Beliau juga merupakan penulis buku popular Rahsia Minda Jutawan dan “Tarik Kekayaan DenganKUASA MINDA” iaitu buku yang telah mendapat perhatian besar dari peminat dan pengamal KUASA MINDA!
Hubungi 017-2688674 untuk pendaftaran!

Workshop EFT Intensif

Workshop
Intensive EFT for Success and Abundance
Cara Mudah “Memecah” Halangan Minda, "Blockage Energi" dan Konflik Diri (Inner Conflict) yang Kerap menjadi PUNCA UTAMA KEGAGALAN Anda mencapai Impian!




EFT adalah
…..sangat mudah dipelajari (dijamin peserta mampu mempraktiskannya selepas workshop)
…..sangat mudah digunakan (hanya beberapa minit sahaja )
…..praktikal dan saintifik ( tidak melibatkan sebarang ritual atau applikasi yang mengarut)
…..berkesan dan kekal impaknya.
…..mampu memberi harapan baru dikala kebanyakan teknik lain tidak berkesan.
…..dan banyak lagi……



Workshop EFT Intensif ini adalah sebahagian dari modul latihan bagi mereka yang berminat untuk mendalami teknik dan terapi terkenal di dunia pembangunan diri iaitu Emotional Freedom Technique ATAU dikenali sebagai EFT.


Walaupun EFT diasaskan bagi menangani pelbagai masalah kesihatan fizikal dan emosi, kejayaan luar biasa modaliti ini telah terbukti terutama dalam membangunkan POTENSI diri seseorang individu.


Workshop ini dibangunkan khusus bagi mereka yang mencari dan ingin mencapai kejayaan dan kemakmuran di dalam kehidupan.

Siapa Yang Sepatutnya Menyertai Workshop ini?


- Mereka yang sudah mengikuti pelbagai kursus atau seminar motivasi dan pembangunan diri TETAPI masih gagal dan sukar menmperolehi apa yang mereka inginkan.
- Individu yang mempunyai masalah kepercayaan, keyakinan diri dan rendah harga diri.
- Individu yang kerap mempunyai pemikiran dan emosi yang negatif.
- Mereka yang ingin mengenal diri dan meningkatkan ilmu serta pengetahuan tentang POTENSI DIRI.
- Trainer, Juruterapi dan Penyembuh (Healer) bagi meningkatkan pemahaman isu psikologi dan masalah psikosomatik.
- Mereka yang ingin melengkapkan teknik atau modaliti yang lain seperti NLP, MindPower, Reiki dan sebagainya.
- Individu yang mempunyai Impian dan cita-cita untuk berjaya baik dalam kerjaya, pendidikan mahupun pencapaian personal.


Peserta akan dibimbing untuk :-


Memahami pembangunan diri secara holistik.
Mengenal kemampuan minda, emosi dan kerohanian.
Memahami sistem tenaga tubuh dan alam semesta (Universal Law).
Meningkatkan kemampuan EQ dan SQ.
Menangani dan mengurus stres dan pelbagai masalah emosi yang lain.
Mengawal Fobia dan Ketakutan.
Mengurangkan kesakitan fizikal.
Menghapuskan "limiting belief", pemikiran negatif dan gangguan kepercayaan yang sering menjadi halangan kepada kejayaan.
Meningkatkan Potensi dan Pengembangan Personal
Meningkatkan ketenangan dan kedamaian dalaman (Inner harmony)
Membantu keluarga dan rakan-rakan yang mengalami masalah seperti di atas


Kandungan Workshop:


• Pengenalan kepada Penyembuhan Holistik dan EFT
• Sejarah dan Teori
• EFT –Basic Prosedure
• Short Cut dan Additional Applikasi
• Praktikal EFT
• Praktikal EFT untuk Masalah Fizikal
• Praktikal EFT Untuk Masalah Emosi
• Soalan dan Perbincangan

Maklumat Workshop

Tajuk : Intensive EFT For Success & Abundance
Tarikh : 27hb Nov 2010
Masa : 930am-430pm
Lokasi : Kuala Lumpur
Yuran : RM180.00


Material : Sijil dan Nota Lengkap
( Termasuk minum dan makanan ringan sahaja)


Tempat adalah terhad kerana workshop tertumpu kepada pendekatan "Therapy based training".
Sila daftar tempat anda sekarang untuk mengelakkan sebarang masalah.

Tuesday

PRA TEMPAHAN EDISI ISTIMEWA BUKU AKU TERIMA NIKAHNYA (3 JUDUL DALM 1)

JUDUL: Edisi Istimewa Aku Terima Nikahnya
PENULIS: Hasrizal Abdul Jamil
KATEGORI: Kemudi Rumahtangga
TEBAL: 568 hal (kulit keras)
HARGA: RM55/RM57 (S/S)

"Jangan pandang isteri dengan pandangan mata yang kering, atau pandangan akal yang gersang, jauh sekali pandangan nafsu yang melulu. Pandanglah isteri dengan pandangan hati, kerana hati itulah yang memberi makna kepada pasangan hidup kita.”

“Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin. Kerana rumah tangga bukan Utopia cloud nine. Ia adalah kombinasi suka dan duka.

Namun dalam duka tetap ada bahagia, itulah nikmat hidup berumah tangga. Medan memberi yang paling mulia.”

Dua petikan daripada Aku Terima Nikahnya ini, mampu membuka mata bagi pasangan yang mahu mencari bahagia dan Bercinta Sampai ke Syurga, kerana segalanya berlandaskan cinta yang diteladani daripada Junjungan Mulia SAW, seorang Murabbi Cinta yang hakiki!

Aku Terima Nikahnya merupakan sebuah trilogi iaitu kompilasi tiga buah buku: Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga dan Murabbi Cinta.

Diberi wajah baru dengan penampilan yang lebih kemas dan menarik. Edisi istimewa berkulit keras. Direka khas dan sesuai dijadikan hantaran perkahwinan. Pun begitu boleh juga dibaca oleh sesiapa jua.

Aku Terima Nikahnya merupakan terjemahan jalur pengalaman penulis dari sebelum berkahwin, kemudian mendirikan rumah tangga, seterusnya mempunyai anak. Amat sesuai dijadikan rujukan bagi pasangan yang belum, sedang dan telah berumah tangga.


Apa kata mereka yang telah membacanya?

1
Koleksi Aku Terima Nikahnya banyak memberi panduan kepada para remaja yang akan menempuh gerbang perkahwinan. Banyak isu yang diketengahkan adalah hasil pengalaman penulis yang telah menempuh asam garam perkahwinan dan mempunyai anak sebagai anugerah Allah.

Remaja yang suka bercinta perlu membaca buku ini agar dapat mengenal erti cinta dan tanggungjawab sebagai sepasang suami isteri, bapa, ibu, anak, ahli keluarga dan sebagainya.

Penulis mengolah buku ini berdasarkan pengalaman sendiri. Sketsa hidup yang terkandung di dalam buku ini tentunya menjadi daya penarik kepada para pembaca untuk mengikuti kandungan selanjutnya.

Bacalah Aku Terima Nikahnya kerana ia sesuai untuk seisi keluarga khususnya para ibu bapa yang ingin mengenali lebih jauh lagi erti sebuah perkahwinan yang diinginkan ... .
Kandungan buku ini menggarap pengalaman pasangan muda yang bertemu jodoh di bawah landasan syariat agama. Menarik dan penuh sarat dengan unsur nasihat. Kisah di dalam buku ini sekali-sekala mencuit hati.. Sungguh berguna dan tak rugi membacanya!
-CHE AMRAN IDRIS, Kumpulan RAIHAN

2

Sebagai pengikut setia Ustaz Hasrizal, saya gambarkan bahawa beliau sebagai pemikir yang memiliki satu keupayaan untuk mengupas sesuatu perkara dengan tepat mengena sasaran, ringkas tapi mantap, pedas tapi jujur, panas tapi ikhlas dan berapi tapi beralas.

Bahasa yang mudah dan tidak berbelit-belit begitu pantas dirakam oleh minda. Inilah kualiti pendakwah yang akan dirindui untuk zaman-berzaman.

Sehingga kini, saya amat terkesan dengan satu titipan dalam Aku Terima Nikahnya. Beliau menulis, “Seorang ibu dan ayah mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia - CINTA TANPA SYARAT.”

Saya rasa kalimah ini sahaja sudah mampu menjentik jutaan mata dan hati untuk menangis dan menginsafi akan kasih sayang ibu bapa sebagai anugerah terindah di mayapada.

Aku Terima Nikahnya bukan sahaja naskhah cinta gerbang perkahwinan, malah membawa bersama serangkaian cinta kepada Allah dan manusia yang wajar dijadikan koleksi berharga setiap Muslim. Inilah antara kupon daripada Ustaz Hasrizal untuk kita jadikan bekalan menuju gapura syurga abadi ... .
-AHMAD FEDTRI YAHYA, Personaliti TV3

3

Aku Terima Nikahnya karya Hasrizal Abdul Jamil bukan sekadar retorik. Falsafah cinta yang diutarakan tidak tertumpu pada cinta Adam dan Hawa, tetapi melampaui kehidupan selepas “Aku terima nikahnya ...” dilafazkan oleh bakal suami. Tulisannya tertumpu pada memulihara dan ‘survival’ sebuah perkahwinan.

DOs and DON’Ts yang dikongsikan wajar dijadikan rujukan bagi pasangan yang mahu atau telah berumah tangga. Sebuah buku yang amat relevan untuk masa kini. Patut dimiliki oleh orang yang cintakan kebahagiaan rumah tangga dunia dan akhirat.

Renung-renungkan dan selamat beramal.
-PROF. MADYA HJ. MD IZUDDIN HJ. ALI (IZZI), Pensyarah /Perunding Motivasi


Petikan 1
“Ustaz, berapa kali saya boleh SMS tunang saya?” tanya seorang pelajar.
“Berapa kali? Anta nak dalil Quran dan hadis ke tentang jawapan berapa kali anak nak beri?” saya sedikit terlopong.
Dalam usaha untuk menjaga batas-batas agama, kerana seorang tunang dengan tunangnya masih tetap warga asing yang ajnabi, kadang-kadang banyak persoalan pelik yang ditimbulkan.
Soal berapa kali agama membenarkan SMS, menunjukkan unsur-unsur robotik dalam kefahaman pelajar tersebut tentang komitmennya dalam beragama.

Petikan 2
Nasihat peribadi saya kepada adik-adik di bangku pengajian, ... gunakanlah peluang semasa belajar ini untuk meneroka kehidupan habis-habisan. Mengembaralah. Carilah pelajaran daripada sebuah pengalaman. Keluarlah dari kelompok sebangsa seagama untuk mempelajari realiti. Lakukan semua ini pada setiap detik dan masa yang terhad itu.
Justeru, selesaikanlah dulu pengajian sebelum bernikah. Dengan ibu bapa pun mudah cerita, prospek diri sebagai manusia da‘i juga banyak kelebihannya. Mungkin dengan penangguhan keinginan berumah tangga itu, membolehkan anda menawarkan lebih banyak bahan perkongsian berupa pengalaman dan kebaikan buat diri, keluarga, masyarakat dan ummah. Apa yang penting, jangan tergesa-gesa, jangan bertangguh-tangguh. Berkahwin jangan kerana terikut-ikut.

Petikan 3
“I kerja untuk you sayang!” kata suami sambil membawa pulang hadiah cincin belah rotan buat isterinya.
Semasa itu gajinya RM800 sebulan.
“I kerja untuk you sayang!” ulang suami sambil membawa pulang cincin solitaire untuk isteri yang dikasihi.
Gaji sudah meningkat RM4 000 sebulan.
“I rasa nak buka cawangan barulah sayang!” kata suami membawa pulang ‘payung emas’ berupa surat izin untuk ditandatangani isteri.
Gaji ketika itu sudah RM 10 000 sebulan.
Bukanlah poligami itu isunya, tetapi mengapa semasa bergaji RM800 sebulan, kerjanya untuk isteri, tetapi apabila gaji mencecah RM10 000, sudah bercadang mahu membuka cawangan?


KANDUNGAN

AKU TERIMA NIKAHNYA

Erti Sebuah Perkahwinan
Menguruskan Fikiran Tentang Perkahwinan
Mengikat Pertunangan Dalam Kesederhanaan
Muslim Rumah Tangga 1
Muslim Rumah Tangga 2
Pedoman Bagi Yang Mencari
Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat
Isteri Dan Mata Hati
Cinta Antara Planet
Di Mana Janji Kita
Sunahkah Meramaikan Anak?
Hari Kesedihan Atau Kegembiraan?
Syawal Pertama Tanpa Dia
Cinta Tanpa Syarat
Menyengajakan Beberapa Kesusahan
Tiga Hospital, Tiga Suasana
Apa Ada Pada Nama?
Muhammad Imaduddin Genap Setahun
Yop Dapat Hadiah
Gelagat ‘Ahli Fitrah’
Iau, Iau
‘Cerdik’, Bukan Macam Sang Kancil
Jangan Remehkan Keselamatan Anak-anak
Manusia Separuh Manusiawi
Kita Dapat Apa Yang Kita Beri
Dosa Kita Mengatasi Kesalahan Anak-anak
Abi Dinosaur, Ummi Raksasa
Pabila Anak Menegur
Layanan Terbalik Ibu Bapa Yang Pelik
Mencari Kekasih
Memaknakan Sebuah Kehidupan
Memaknakan Dunia Dengan Akhirat
Di Mana Damai Desa?
Sehari Yang Sebegini
Dalam Derita Ada Bahagia
‘Dua Sepasang’ Itu Masih Ada


BERCINTA SAMPAI KE SYURGA

Erti Kejayaan Diri
Lelaki Dan Keluarga, Seperti Imam Dengan Makmumnya
Kamu Sentiasa Layak Diuji
Maaf Tanpa Syarat
Kemaafan Yang Kudambakan
Hilang Tak Berganti
Kembali Ke Asal
Teori Evolusi Cinta
Cinta Songsang Semakin Songsang
Kahwin Semasa Belajar
Sebelum Dibius Cinta
Ibrah Yusuf Mendepani Biusan Cinta
Si Polis Cinta
Jodoh Tidak Datang Bergolek
Saifulislam.Com Halalkan ‘Couple’?
Antara Tuhan Dan Hantu!
Saya Bukan Bapa Mithali, Hanya Realiti
Anak Pejuang
Televisyen Manusia Mukallaf
Zikr Al-Maut Yang Mengundang Maut
Sang Kancil Bukan Mukmin Profesional
Puasa Yop, Puasa!
Krisis Pendidikan Seks
Bagaimana Untuk Saya Pulang Ke Rumah?
Halim Dan Davey
Anugerah Buatmu Sayang
Manual Cinta Haraki
Tanggungjawab Tanpa Cinta
Hadiah Terbaik Daripada Isteriku
Rumah Tangga Cara Baru Dan Lama
Setelah Pulang Daripada Perantauan
Perempuan Suka ‘Tuisyen’
Permulaan Yang Baik Bukan Suatu Jaminan
Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Isteri
Lebih Baik Daripada Abu Zar‘in
Seni Membentuk Manusia
Bencana Kejahilan Intimasi Suami Isteri
Mehnah Kepada Mawaddah Dan Rahmah
Merawat Suami ‘Bisu’
Cinta Seratus Peratus
Bercinta Sampai Ke Syurga


MURABBI CINTA

Bekalan Titik Mula
Tuliskan Pengalaman Itu
Si Kecil Pembunuh
Berguru Dengan Pokok Semalu
Aidiladha: Satu Kekurangan Seribu Kelebihan
Musibah Berantai
Didikan Allah Untuk Bakal Manusia Hebat
Jangan, Monyet! Jangan!
Fitnah Di Hujung Lensa
Taubat Sambal Belacan
Iman Bukan Warisan
Merebut Saham Anak Muda
Baik Bos!
Mendidik Anak Berdakwah
Mendidik Anak Berpolitik
Mendidik Anak Berfikir
Kenapa Ummi Mengandung?
Mendidik Anak Ilmu Kebal
Makin Betul Kata, Makin Salah Makna
Tidurlah Sayang
Merawat Budaya Kuning Anak-anak
Bahasa Keliru, Anak Pun Keliru
Menyelesaikan Pergaduhan Anak-anak
Metode Khalifah
Sotong Tangan Lapan, Abi Tangan Dua
Di Sebalik Cinta Tanpa Syarat Itu
Antara Orang Agama Dan Orang Beragama
Kasih Ayah Membawa Ke ‘Neraka’!
Impian Umar Terhadap Anakmu
Seni Kata Putus
Nasihat Yang Menghasilkan Diam
Kenangan Terhalal
Selamatkan Uda Dan Dara Dengan Hikmah Puasa
Jangan Sekadar Syurga Dunia
Epal Busuk Hadiah Pengantin Baru
Arah Tuju Sebuah Cinta
Benci Yang Dengan-Nya Sudah Berganti
Buat Kalian Yang Baru Pulang
Rumah Tangga Hilang Perencah Kata
Selamatkan Rumah Tangga Dengan Hikmah Puasa
Sepatutnya Yang Tak Patut
Sempitnya Dunia Luasnya Gua
Dia Pernah Mencintaimu
Murabbi Cinta, Seorang Nabi


Cara tempahan.



1. Bank-in RM55.00 ke dalam akaun Maybank no 154110011279 (Maizal Bin Omar)

2. Email maklumat Nama penuh, Alamat, Tarikh bayaran, Masa Bayaran ke maizal231072@yahoo.com

Monday

KANDUNGAN Bengkel EFT/ Anda Akan Pelajari....


TAHUKAH ANDA …60 ke 90% daripada rawatan di klinik dan hospital adalah berkaitan dengan masalah emosi dan stres.

WORKSHOP TERAPI EMOSI : EMOTIONAL FREEDOM TECHNIQUE (EFT)
Workshop berasaskan pendekatan terapi ini secara khusus direka dengan tujuan untuk membantu peserta pelatihan mengalami Transformasi Kehidupan secara holistik dan menjalani kehidupan dengan lebih positif.

Apakah anda :
1. Mempunyai motivasi yang tidak stabil?
2. Kerap rasa takut, marah, bimbang yang melampau, runsing, takut dan pelbagai
situasi emosi di dalam bidang yang anda ceburi?
3. Telah mencuba pelbagai cara untuk memotivasi diri, mendatangi berbagai
seminar, membaca banyak buku positif, melakukan afirmasi, visualisasi,
dreambuilding, goalsetting namun masih juga gagal mengubah / meningkatkan
situasi kehidupan anda?
4. Ingin mempunyai kemampuan untuk menarik dan mencapai kejayaan dengan lebih
cepat dan mudah?
5. Ingin menjadi magnet yang menarik pelbagai situasi, keinginan dan impian
Anda?

Jana Kecerdasan Emosi (EQ) Anda Sekarang!
Manusia adalah “makhluk beremosi”. Dengan emosi, kita sebagai seorang insan dibezakan dengan makluk Allah yang lain. Di dalam menghadapi kehidupan zaman moden yang penuh dengan cabaran dan tekanan, kita tidak mampu lari dari menghadapi pelbagai emosi yang akan mempengaruhi setiap situasi dan keputusan yang kita lalui di dalam kehidupan kita.

KESIHATAN EMOSI (Emotion Health) mempunyai kesan besar kepada POTENSI DIRI yang mampu dijana oleh seseorang indvidu. Individu yang sihat mempunyai EMOSI YANG POSITIF seperti kegembiraan, ceria, damai, bahagia dan sebagainya. Insan yang BERFIKIRAN POSITIF juga datang dari EMOSI YANG POSITIF.
Jika kita sering mengalami stres, ketakutan, runsing, gementar, takut dan pelbagai lagi emosi negatif yang lain, bagaimanakah kita mampu menjana MINDA yang POSITIF?. Apatah lagi untuk menjana KEKUATAN MINDA (Mind Power) yang kita dimiliki ini?.

Tahukah Anda? Di dalam buku David Goleman (1995) yang terkenal “Emotional Intellingence” mengatakan:-

80% kejayaan seseorang bergantung pada EQ atau Kecerdasan Emosi-nya berbanding dengan cuma lebih kurang 20% sahaja yang disebabkan oleh IQ atau Kecerdasan Intelek-nya.

Pendapat ini sejajar dengan pandangan yang mengatakan kita memerlukan lebih daripada kemampuan IQ untuk lebih berjaya dalam hidup. Antara kajian terkenal yang dijalankan oleh seorang pakar saikologi Mayer (1993) mendapati:-

Mereka yang mempunyai tahap IQ yang tinggi, tidak semua mencapai kejayaan yang cemerlang sama ada dalam kerjaya mereka, mahupun dalam kehidupan peribadai masing-masing. Sebaliknya individu yang mempunyai EQ yang tinggi memperlihatkan pencapaian kehidupan yang lebih tinggi terutamanya melibatkan bidang kepimpinan.

Emosi Memberi Kesan Besar kepada Kesihatan Tubuh Anda

EMOSI negatif jika tidak ditangani dengan baik dan berkesan akan memberi impak negatif kepada kesihatan tubuh fizikal. Fakta menunjukan stres adalah ‘pembunuh senyap’ kerana KAJIAN TERKINI MENDAPATI HAMPIR 80% DARI MASALAH KESIHATAN BERPUNCA DARI MASALAH EMOSI DAN STRES. Kerana itulah stres dikenali sebagai PUNCA utama kepada hampir kebanyakan penyakit yang dihadapi oleh ‘manusia moden’.Masalah jantung, hipertension atau darah tinggi, sakit saraf, lemah antibodi, obesiti, penuaan, migrain melampau dan sebagainya adalah simptom dari masalah emosi.
Individu yang gagal mengurus dan mengendalikan emosi mereka sering mengalami situasi kehidupan yang negatif.

Tahukah Anda Bagaimana Emosi Mempengaruhi Nasib Dan perjalanan Kehidupan Anda?
Ramai dari kita tidak sedar bagaimana KUASA TARIKAN EMOSI mempunyai kesan yang sangat besar di dalam kehidupan kita setiap hari. Kerana itu orang melayu selalu mengatakan bahawa rumahtangga atau suami isteri yang selalu bergaduh di rumah akan menjauhkan rezeki mereka. Dan orang-orang tua juga sangat marah jika di pagi hari anak-anak menangis atau berlaku pergaduhan di rumah. Ini kerana ia akan memberi nasib yang tidak baik sepanjang hari. Ini membuktikan bagaimana emosi yang negatif HANYA MENARIK NASIB dan SITUASI KEHIDUPAN YANG NEGATIF kepada Anda.


Ini sebenarnya menjelaskan HUKUM TARIKAN atau popular dengan panggilan LAW of ATTRACTION yang mengatakan, “kita menarik apa yang kita vibrasikan atau kita getarkan“. Ramai manusia fokus pada kejayaan tetapi sebenarnya mereka hanya mengetarkan energi kegagalan atau ketakutan di sekeliling medan energi atau medan aura mereka. Malahan jika dibandingkan antara individu yang sedang berfikiran positif dengan seorang individu yang sedang marah, ramai setuju bahawa energi orang yang marah adalah lebih terasa getarannya.
Atas kesedaran betapa pentingnya kesedaran dan ilmu untuk mengurus emosi dan stres, kami di AL QUDRAH Training & Consultancy telah mengendalikan satu program pengurusan emosi dan stres yang HOLISTIK (menyeluruh) dan ILMIAH. Melalui program ini kami akan mendedahkan satu TERAPI EMOSI YANG PALING TERKENAL DAN POPULAR di seluruh dunia. Terapi ini juga telah digunakan oleh ribuan ahli perubatan, psikologis dan kounselor di dalam dunia pembangunan diri.

WORKSHOP YANG MENJANA KUASA POTENSI EMOSI Anda!
“Pelajari Terapi yang mengabungkan Kaedah Perubatan Kuno Cina yang telah berusia lebih dari 2,000 tahun dengan TEKNOLOGI TERKINI di dalam perubatan alternatif penyembuhan energi….”

Terapi Emotional Freedom Techniques (EFT) adalah kaedah rawatan energi yang mengapplikasikan falsafah dan prinsip perubatan akupuntur dengan rawatan alternatif penyembuhan energi (Bio-energi). Ia dikenali sebagai Cabang Rawatan Energi yang dikenali sebagai Psikologi Energi (Energy Pyschology) di khalayak pakar-pakar perubatan alternatif dan juga pakar saikologi moden. Kaedah ini adalah berdasarkan pertemuan terkini berhubungkait antara sistem energy(tenaga) manusia, emosi dan kesihatan tubuh fizikal Anda. Ia sangat POPULAR dan MENDAPAT sambutan yang positif dan luas dari pelbagai golongan individu.

EFT diasaskan oleh Gary Craig seorang Jurutera yang telah mendalami perubatan alternatif selama bertahun-tahun sebelum itu. EFT direkodkan telah berjaya menyelesaikan ribuan kes yang meliputi masalah kesihatan emosi, kesihatan fizikal dan isu-isu pencapaian cemerlang diri (rujuk laman rasmi EFT iaitu www.emofree.com untuk mendapatkan ribuan testimoni yang telah didokumentasikan di laman web tersebut).

Tujuan pelatihan secara spesifik meliputi:
1. Membantu peserta pelatihan mengenal, mengetahui dan mengurus emosi yang dihadapai setiap hari.
2. Membimbing peserta kaedah yang betul dan berkesan teknik terapi diri (self-therapy) yang secara klinikal telah teruji mampu dengan sangat cepat membantu seseorang untuk mengenali dan menghancurkan mental block penghambat sukses dalam banyak aspek kehidupan.
3. Peserta pelatihan mampu melakukan self-therapy dengan efektif, cepat, dan permanen.
4. Mengaktifkan dan memperkuat The Law of Attraction dalam diri untuk meraih kejayaan.
5. Meningkatkan 3 KUASA KECERDASAN manusia iaitu kecerdasan Minda, Emosi dan Spiritual.
6. Menemukan missing link yang menjadi kunci keberhasilan di dalam aspek kehidupan (Success Magnet)


Apa yang Akan Anda Perolehi Dari Workshop ini? Program yang dikendalikan untuk satu hari ini akan mendedahkan :-

• Falsafah dan prinsip disebalik Kuasa Pembebasan Emosi
• Manusia dan Sistem Energi Hayat
• Pengurusan dan Kecerdasan Emosi(EQ)
• Memahami Stres dan Kesan Psikosomatik
• Hukum Tarikan (Law of Attraction) & Kuasa Energi
• Hubungan antara minda, emosi dan spiritual
• Kaedah menjana Potensi Minda dan Mengakses Kemampuan Minda Bawah Sedar.
• Cara Kerja Otak, Memori, dan Fikiran
• Mengarahkan Fikiran dan Perasaan Agar Bekerja Selaras dengan Tujuan Anda,
• Meningkatkan Kecerdasan Emosi (EQ),
• Meningkatkan Kecerdasan Spiritual (SQ),
• Menghilangkan Hambatan Emosi dan Rasa Takut Sukses,
• Penyelarasan antara Fikiran (Thought), Emosi (Emotions) dan Kepercayaan (Beliefs)
• Hubungan Kesedaran (Consciousness), Emosi (Emotions), dan Kepercayaan (Beliefs)
• Memahami Emosi
• Emosi Sebagai Bahasa Doa Yang Efektif
• Memahami dan Memanfaatkan The Law of Attraction(LOA) dalam mencapai goals / Impian
• Teknik Terkini Terapi Emosi yang Terkenal iaitu Emotional Freedom Technique (EFT)
• Keseluruhan Prosedur dan Protokol EFT berdasarkan Manual Rasmi EFT.
• Basic Tapping Procedure
• The Short Cut Application
• Applikasi dan Terapi EFT berkaitan isu Fizikal dan Emosi
• Membongkar 30 tips yang akan meningkatkan kemampuan minda dan emosi anda.
• Dan banyak lagi….


Berikut adalah MANFAAT yang akan diperolehi oleh peserta yang mengikuti program ini:-

• Kemampuan Mengurus dan Membebaskan diri dari PELBAGAI ISU EMOSI baik yang ringan mahupun kepada masalah EMOSI yang berat dalam tempuh yang singkat (minit hingga ke jam berbanding dari bulan atau ke tahun. Contoh : trauma, fobia, rungsing/anxiety, risau, takut, gementar, kesedihan, murung/depresi, panik/kecemasan dan lain-lain lagi)

• Mengatasi masalah kesakitan dan simptom fizikal walaupun method yang lain telah gagal sebelumnya (contoh migrain teruk, pening kepala, sakit sendi, hipertension, gejala simptom stres, jantung berdebar, sesak nafas, penyakit kronik seperti kanser/barah-sebagai mengatasi masalah ketidakstabilan emosi dan pelbagai sakit fizikal yang lain).

• Mengatasi tabiat atau habit negatif seperti mengigit kuku jari, ketagihan merokok, masalah makan yang menjurus kepada obesiti, gangguan tidur/insomnia dan sebagainya.

• Memecahkan halangan minda (limiting belief/mental block), memprogram semula mindset atau kepercayaan positif, meningkatkan kecerdasan otak seperti penumpuan dan daya fokus) dan membina fikiran yang positif.

• Menjadi terapi pelengkap kepada pelbagai teknik dan kaedah pembangunan diri yang lain seperti KUASA MINDA dan HIPNOSIS.

• Terapi yang berguna dalam meningkatkan PRESTASI kerjaya, bisnes, akademik, pencapaian persembahan (peak performance), pembangunan pesonaliti dan sebagainya.

Tuesday

SEMINAR LAW OF ATTRACTION

Seminar Hukum Tarikan
(Law of Attraction)
Membongkar Sains Metafizik dan HOLISTIK Untuk Jana Energi SUKSES 2010
"Bagaimana Menggunakan Hukum Tarikan Untuk memanifestasikan Kejayaan, & Kemakmuran di dalam hidup Anda Sekarang!"
Hidup anda bertindakbalas berdasarkan oleh HUKUM ALAM SEMESTA yang berfungsi mengikut FITRAH ALLAH SWT yang menciptakannya. KETAHUILAH bagaimana anda mampu menggunakan hukum ini untuk memanifestasikan keinginan dan impian Anda.
Telah banyak buku ditulis dan mengungkapkan ”rahsia” sukses. Telah banyak seminar motivasi dan kejayaan yang diselenggarakan. Telah banyak peserta yang mempraktikkan apa yang ditulis di pelbagai buku dan yang diajarkan oleh ramai Speaker mahupun Penceramah. Namun bagaimanakah hasilnya?

Kajian membuktikan bahawa BANYAK yang tidak berhasil mencapai apa yang diimpikan walaupun telah melakukan usaha yang kuat, mengikuti segala strategi, mempraktikkan pelbagai teknik, dan melakukan apa yang mampu mereka lakukan . TETAPI mengapa ini semua masih terjadi?

Jawabannya sangat MUDAH. Pelbagai pelatihan dan buku tersebut tidak mengulas secara mendalam RAHSIA dan KUNCI SUKSES yang paling asas iaitu RAHSIA HUKUM ALAM atau dikenali sebagai Universal Law.

Hukum Alam Semesta Yang Tersembunyi

Anda telah mendengar dan mengetahui tentang satu hukum alam yang kerap disebut oleh ramai individu. TETAPI, ADAKAH ANDA BENAR-BENAR MEMAHAMINYA DAN MENGHAYATINYA?

Tahukah anda terdapat hukum atau FITRAH ALAM yang sangat penting di mana anda mesti belajar, mempraktiskan, dan menjadikan amalkan sebelum anda meneroka prinsip-prinsip kejayaan yang lain.

Tahukan Anda terdapat kaedah untuk memjana kuasa magnet disekeliling tubuh anda, maka anda secara konsistennya akan menarik pengalaman dan nasib seperti yang anda impikan?
Cinta, Sukses, Kegembiraan, Kemakmuran dan Kebahagian?

Mendedahkan Hukum Yang Tersembunyi

Jadi apakah kunci rahsia untuk membuatkan Hukum tarikan berkerja untuk kehidupan anda? Kenapa terlalu ramai individu yang GAGAL untuk mencapai apa yang mereka inginkan dengan menggunakan hukum ini?

Satu lagi Hukum tersembunyi kini telah didedahkan semula.

Hukum Tarikan sebenar nya hanyalah hukum yang kedua penting; ia bukan hukum yang paling penting. Hukum dan Prinsip yang utama adalah Hukum Kuasa Getaran/Eneergi. Hukum ini mengatakan semua benda yang wujud adalah memunyai getaran, nothing rests. Inilah hukum yang menaraik wang, kereta impian anda, rumah , hubungan, bisnes dan semua pekara yang anda inginkan di dalam kehidupan adan. Hukum Getaran ini lah hukum sebab manakala hukum tarikan adalah hukum akibat..( The Law of Vibration is the Cause and The Law of Attraction is the Effect).

Jika anda tidak tahu the ‘standard operating system’ hukum getaran, anda tidak akan mendapatkan apa yang anda inginkan.

HANYA apabila anda melakukan penyelarasasn semula (re-program) diri anda untuk menyokong anda menarik impian hidup, Sistem halangan kepercayaan (your limiting belief systems (or programs) ) di dalam minda separa sedar akan membuatkan anda berfikir pemikiran yang akan menjadi halangan kepada apa yang anda BOLEH tarik ke dalam hidup anda.

Kepercayaan Separa sedar anda (Your unconscious beliefs) adalah “more POWERFUL” daripada fikiran setiap hari anda. Inilah RAHSIA yang tidak pernah didedahkan dan dikongsikan oleh kebanyakan kursus dan workshop (The Secret movie).

Untuk Pertama Kalinya.. Program Best Selling Disajikan Dalam Bengkel Sehari yang Intensif di MALAYSIA

Seminar Hukum Tarikan (Law of Attraction)
Tarikh :
Masa : 9:00 pagi – 4:30petang
Tempat :

YURAN PENDAFTARAN : RM120.00

Diskaun 15% diberikan kepada 30 orang yang mendaftar paling awal.

Pembayaran boleh dilakukan dengan Bank-in jumlah bayaran ke
Akaun Maybank 154110011279
(Maizal Bin Omar).

Selepas bank –in, SMS maklumat berikut:
Nama, No KP, Jumlah Bank-in, Tarikh Bank-in, Masa Bank-in ke
0172688674 (Maizal bin Omar)

Temukan Rahsia Perubahan Luar Biasa dalam Hidup Anda, Seperti yang Telah Dialami Oleh Ribuan Orang.

“Anda Sesungguhnya MAMPU Mencapai Semua Impian Anda... Namun Adakah Anda Sedari RAHSIA yang menyelubungi diri anda selama ini yang telah Merampas Semua Impian Anda?!”

Workshop ini akan memberi Manfaat Kepada Peserta Untuk:-

• Memahami dan Mengetahui FITRAH ALAM yang menjadi KUNCI segala kejayaan.
• Mengaktifkan dan memperkuat KUASA TARIKAN di dalam diri untuk meraih keberhasilan, khususnya pada aspek yang anda kehendaki (menjadi Money Magnet).
• Memahami dan Memanfaatkan HUKUM TARIKAN Untuk mencapai IMPIAN dan MATLAMAT Anda
• Mengetahui apakah “operating system” yang bekerja di Alam Semesta ini.
• Menemukan jawapan mengapa Orang Gagal terus mengundang kegagalan manakala Individu berjaya kerap merai kejayaan
• Mengetahui elemen-elemen POTENSI TERSEMBUNYI (Hidden Potential) yang menjadi KUNCI kepada kejayaan di dalam kehidupan.
• Mengetahui kaedah dan tips mudah meningkatkan daya tarikan (magnetik) anda untuk mengundang kejayaan dan kemakmuran-Mengubah Kehidupan Anda.
• Mengembangkan dan Peningkatan Kesadaran Melalui Pembelajaran Dari Alam Bawah Sedar
• Mempunyai kemampuan untuk mampu menarik dan mengatur keberuntungan sehingga lebih mudah meraih sukses?
• Meningkatkan sensitiviti peserta dengan energi diri, rumah dan pesekitaran diri Anda.

Apa yang akan anda pelajari?
Melalui seminar yang disusun secara holistik, ilmiah dan inspiratif, pelatihan ini akan mendedahkan:

Sesi 1
• Energi Makro Kosmo- Hukum Alam Semesta
• Memahami Apakah Itu Fitrah Alam
• Apakah itu Hukum Tarikan
• Kenapa & Bagaimana Hukum Tarikan beroperasi di dalam kehidupan anda.
• Apakah itu Hukum Getaran dan bagaimana hukum asas ini sepatutnya benar-benar difahami sebelum dari pada hukum yang lain.
• Bagaimana memastikan Hukum Getaran ini diapplikasikan secara betul.

Sesi II
• Energi Mikro Kosmo-Sistem Aura Manusia
• Sistem Tenaga Hayat Manusia
• Nasib Perjalanan hidup anda – Adakah KEBETULAN dan Kenapa anda terus menerima nasib hidup yang anda tidak inginkan didalam kehidupan anda
• Bagaimana mengubah vibration (tenaga) melalui potensi yang Anda miliki.
• Apakah “mental blocks” dan bagaimana “mental blocks” masa lalu, kini & akan datang menghentikan anda dari mendapatkan perkara yang sepatutnya anda miliki.
• Bagaimana anda mampu memprogram minda anda untuk menarik kemakmuran di dalam ekonomi yang mencabar ini
• Bagaimana anda boleh menyelaraskan energi anda dengan energi kosmo untuk mengaktifkan Hukum Tarikan di dalam hidup anda SEKARANG
• Bagaimana kuasa pemikiran anda boleh sebenarnya menjadi reality (“manifestation”).

Sesi III
• Pelajari bagaimana anda membuka minda kepada kekayaan tidak terhingga yang dimiliki oleh alam semesta ini
• Belajar tentang BETAPA pentingnya kuasa emosi di dalam memanisfestasikan impian anda.
• Kunci Kandungan (ingredient) yang akan membuatkan “the universe” bertindakbalas selepas anda menghantar keinginan anda.
• Bagaimana menggunakan Hukum Tarikan di dalam aspek bisnes dan kejayaan personal anda..
• 3 langkah yang patut anda ketahui untuk menjana aura kejayaan di dalam kehidupan anda.

Workshop Luar Biasa ini didesain dan diriset istimewa untuk:

Usahawan, CEO, Ahli MLM, Insurance/Property Agent, HRD Manager, Decision Maker, pelajar, GRADUAN yang ingin mencari pekerjaan dan semua orang yang ingin maju dan meraih impiannya.

Note:
Dalam Seminar Satu Hari Ini, Anda Akan Dibawa Kepada Suatu Pemahaman Dan Pengalaman Baru Tentang Alam Bawah Sadar (Metafizik) Anda Yang Belum Anda Ketahui Selama Ini!!!

Pastikan Anda menghadiri workshop ini dengan sepenuh hati dan rasakan manfaatnya!

Jika anda telah lelah melakukan apa yang diajarkan di pelbagai buku dan seminar namun belum berhasil mencapai apa yang diinginkan maka anda WAJIB menghadiri seminar ini yang akan mengungkapkan fondasi dan kunci rahasia sukses, Supercamp Becoming a Money Magnet.

Apa yang diajarkan di dalam workshop sehari ini adalah rahsia sukses yang selama ini dirahsiakan oleh orang yang sukses yang membentuk 1% populasi menguasai 96% kemakmuran dunia seperti yang diungkapkan oleh Bob Proctor dalam DVD dan buku "The Secret".


JURULATIH ANDA

Amar Mahmood
Penulis Buku POPULAR “Rahsia Minda Jutawan” & “Tarik Kekayaan dengan KUASA MINDA”. Beliau juga menulis Mini Ebook bertajuk “BONGKAR POTENSI DIRI ANDA” yang diedarkan secara PERCUMA di Blog Amar Mahmood.
Beliau merupakan “Mind Power Trainer” & “Personal Development Coach” yang mempunyai kelayakan dalam Neuro-Semantics and Neuro Linguistic Programming (NS-NLP) dari International Society of Neuro-Semantics (ISNS).
Selain itu, beliau merupakan Certified Hypnosis & Time line Practitioner.

Sunday

KAndungan Bengkel EFT/ Anda Akan Pelajari....

TAHUKAH ANDA …60 ke 90% daripada rawatan di klinik dan hospital adalah berkaitan dengan masalah emosi dan stres.

WORKSHOP TERAPI EMOSI : EMOTIONAL FREEDOM TECHNIQUE (EFT)
Workshop berasaskan pendekatan terapi ini secara khusus direka dengan tujuan untuk membantu peserta pelatihan mengalami Transformasi Kehidupan secara holistik dan menjalani kehidupan dengan lebih positif.

Apakah anda :
1. Mempunyai motivasi yang tidak stabil?
2. Kerap rasa takut, marah, bimbang yang melampau, runsing, takut dan pelbagai
situasi emosi di dalam bidang yang anda ceburi?
3. Telah mencuba pelbagai cara untuk memotivasi diri, mendatangi berbagai
seminar, membaca banyak buku positif, melakukan afirmasi, visualisasi,
dreambuilding, goalsetting namun masih juga gagal mengubah / meningkatkan
situasi kehidupan anda?
4. Ingin mempunyai kemampuan untuk menarik dan mencapai kejayaan dengan lebih
cepat dan mudah?
5. Ingin menjadi magnet yang menarik pelbagai situasi, keinginan dan impian
Anda?

Jana Kecerdasan Emosi (EQ) Anda Sekarang!
Manusia adalah “makhluk beremosi”. Dengan emosi, kita sebagai seorang insan dibezakan dengan makluk Allah yang lain. Di dalam menghadapi kehidupan zaman moden yang penuh dengan cabaran dan tekanan, kita tidak mampu lari dari menghadapi pelbagai emosi yang akan mempengaruhi setiap situasi dan keputusan yang kita lalui di dalam kehidupan kita.

KESIHATAN EMOSI (Emotion Health) mempunyai kesan besar kepada POTENSI DIRI yang mampu dijana oleh seseorang indvidu. Individu yang sihat mempunyai EMOSI YANG POSITIF seperti kegembiraan, ceria, damai, bahagia dan sebagainya. Insan yang BERFIKIRAN POSITIF juga datang dari EMOSI YANG POSITIF.
Jika kita sering mengalami stres, ketakutan, runsing, gementar, takut dan pelbagai lagi emosi negatif yang lain, bagaimanakah kita mampu menjana MINDA yang POSITIF?. Apatah lagi untuk menjana KEKUATAN MINDA (Mind Power) yang kita dimiliki ini?.

Tahukah Anda? Di dalam buku David Goleman (1995) yang terkenal “Emotional Intellingence” mengatakan:-

80% kejayaan seseorang bergantung pada EQ atau Kecerdasan Emosi-nya berbanding dengan cuma lebih kurang 20% sahaja yang disebabkan oleh IQ atau Kecerdasan Intelek-nya.

Pendapat ini sejajar dengan pandangan yang mengatakan kita memerlukan lebih daripada kemampuan IQ untuk lebih berjaya dalam hidup. Antara kajian terkenal yang dijalankan oleh seorang pakar saikologi Mayer (1993) mendapati:-

Mereka yang mempunyai tahap IQ yang tinggi, tidak semua mencapai kejayaan yang cemerlang sama ada dalam kerjaya mereka, mahupun dalam kehidupan peribadai masing-masing. Sebaliknya individu yang mempunyai EQ yang tinggi memperlihatkan pencapaian kehidupan yang lebih tinggi terutamanya melibatkan bidang kepimpinan.

Emosi Memberi Kesan Besar kepada Kesihatan Tubuh Anda

EMOSI negatif jika tidak ditangani dengan baik dan berkesan akan memberi impak negatif kepada kesihatan tubuh fizikal. Fakta menunjukan stres adalah ‘pembunuh senyap’ kerana KAJIAN TERKINI MENDAPATI HAMPIR 80% DARI MASALAH KESIHATAN BERPUNCA DARI MASALAH EMOSI DAN STRES. Kerana itulah stres dikenali sebagai PUNCA utama kepada hampir kebanyakan penyakit yang dihadapi oleh ‘manusia moden’.Masalah jantung, hipertension atau darah tinggi, sakit saraf, lemah antibodi, obesiti, penuaan, migrain melampau dan sebagainya adalah simptom dari masalah emosi.
Individu yang gagal mengurus dan mengendalikan emosi mereka sering mengalami situasi kehidupan yang negatif.

Tahukah Anda Bagaimana Emosi Mempengaruhi Nasib Dan perjalanan Kehidupan Anda?
Ramai dari kita tidak sedar bagaimana KUASA TARIKAN EMOSI mempunyai kesan yang sangat besar di dalam kehidupan kita setiap hari. Kerana itu orang melayu selalu mengatakan bahawa rumahtangga atau suami isteri yang selalu bergaduh di rumah akan menjauhkan rezeki mereka. Dan orang-orang tua juga sangat marah jika di pagi hari anak-anak menangis atau berlaku pergaduhan di rumah. Ini kerana ia akan memberi nasib yang tidak baik sepanjang hari. Ini membuktikan bagaimana emosi yang negatif HANYA MENARIK NASIB dan SITUASI KEHIDUPAN YANG NEGATIF kepada Anda.


Ini sebenarnya menjelaskan HUKUM TARIKAN atau popular dengan panggilan LAW of ATTRACTION yang mengatakan, “kita menarik apa yang kita vibrasikan atau kita getarkan“. Ramai manusia fokus pada kejayaan tetapi sebenarnya mereka hanya mengetarkan energi kegagalan atau ketakutan di sekeliling medan energi atau medan aura mereka. Malahan jika dibandingkan antara individu yang sedang berfikiran positif dengan seorang individu yang sedang marah, ramai setuju bahawa energi orang yang marah adalah lebih terasa getarannya.
Atas kesedaran betapa pentingnya kesedaran dan ilmu untuk mengurus emosi dan stres, kami di AL QUDRAH Training & Consultancy telah mengendalikan satu program pengurusan emosi dan stres yang HOLISTIK (menyeluruh) dan ILMIAH. Melalui program ini kami akan mendedahkan satu TERAPI EMOSI YANG PALING TERKENAL DAN POPULAR di seluruh dunia. Terapi ini juga telah digunakan oleh ribuan ahli perubatan, psikologis dan kounselor di dalam dunia pembangunan diri.

WORKSHOP YANG MENJANA KUASA POTENSI EMOSI Anda!
“Pelajari Terapi yang mengabungkan Kaedah Perubatan Kuno Cina yang telah berusia lebih dari 2,000 tahun dengan TEKNOLOGI TERKINI di dalam perubatan alternatif penyembuhan energi….”

Terapi Emotional Freedom Techniques (EFT) adalah kaedah rawatan energi yang mengapplikasikan falsafah dan prinsip perubatan akupuntur dengan rawatan alternatif penyembuhan energi (Bio-energi). Ia dikenali sebagai Cabang Rawatan Energi yang dikenali sebagai Psikologi Energi (Energy Pyschology) di khalayak pakar-pakar perubatan alternatif dan juga pakar saikologi moden. Kaedah ini adalah berdasarkan pertemuan terkini berhubungkait antara sistem energy(tenaga) manusia, emosi dan kesihatan tubuh fizikal Anda. Ia sangat POPULAR dan MENDAPAT sambutan yang positif dan luas dari pelbagai golongan individu.

EFT diasaskan oleh Gary Craig seorang Jurutera yang telah mendalami perubatan alternatif selama bertahun-tahun sebelum itu. EFT direkodkan telah berjaya menyelesaikan ribuan kes yang meliputi masalah kesihatan emosi, kesihatan fizikal dan isu-isu pencapaian cemerlang diri (rujuk laman rasmi EFT iaitu www.emofree.com untuk mendapatkan ribuan testimoni yang telah didokumentasikan di laman web tersebut).

Tujuan pelatihan secara spesifik meliputi:
1. Membantu peserta pelatihan mengenal, mengetahui dan mengurus emosi yang dihadapai setiap hari.
2. Membimbing peserta kaedah yang betul dan berkesan teknik terapi diri (self-therapy) yang secara klinikal telah teruji mampu dengan sangat cepat membantu seseorang untuk mengenali dan menghancurkan mental block penghambat sukses dalam banyak aspek kehidupan.
3. Peserta pelatihan mampu melakukan self-therapy dengan efektif, cepat, dan permanen.
4. Mengaktifkan dan memperkuat The Law of Attraction dalam diri untuk meraih kejayaan.
5. Meningkatkan 3 KUASA KECERDASAN manusia iaitu kecerdasan Minda, Emosi dan Spiritual.
6. Menemukan missing link yang menjadi kunci keberhasilan di dalam aspek kehidupan (Success Magnet)


Apa yang Akan Anda Perolehi Dari Workshop ini? Program yang dikendalikan untuk satu hari ini akan mendedahkan :-

• Falsafah dan prinsip disebalik Kuasa Pembebasan Emosi
• Manusia dan Sistem Energi Hayat
• Pengurusan dan Kecerdasan Emosi(EQ)
• Memahami Stres dan Kesan Psikosomatik
• Hukum Tarikan (Law of Attraction) & Kuasa Energi
• Hubungan antara minda, emosi dan spiritual
• Kaedah menjana Potensi Minda dan Mengakses Kemampuan Minda Bawah Sedar.
• Cara Kerja Otak, Memori, dan Fikiran
• Mengarahkan Fikiran dan Perasaan Agar Bekerja Selaras dengan Tujuan Anda,
• Meningkatkan Kecerdasan Emosi (EQ),
• Meningkatkan Kecerdasan Spiritual (SQ),
• Menghilangkan Hambatan Emosi dan Rasa Takut Sukses,
• Penyelarasan antara Fikiran (Thought), Emosi (Emotions) dan Kepercayaan (Beliefs)
• Hubungan Kesedaran (Consciousness), Emosi (Emotions), dan Kepercayaan (Beliefs)
• Memahami Emosi
• Emosi Sebagai Bahasa Doa Yang Efektif
• Memahami dan Memanfaatkan The Law of Attraction(LOA) dalam mencapai goals / Impian
• Teknik Terkini Terapi Emosi yang Terkenal iaitu Emotional Freedom Technique (EFT)
• Keseluruhan Prosedur dan Protokol EFT berdasarkan Manual Rasmi EFT.
• Basic Tapping Procedure
• The Short Cut Application
• Applikasi dan Terapi EFT berkaitan isu Fizikal dan Emosi
• Membongkar 30 tips yang akan meningkatkan kemampuan minda dan emosi anda.
• Dan banyak lagi….


Berikut adalah MANFAAT yang akan diperolehi oleh peserta yang mengikuti program ini:-

• Kemampuan Mengurus dan Membebaskan diri dari PELBAGAI ISU EMOSI baik yang ringan mahupun kepada masalah EMOSI yang berat dalam tempuh yang singkat (minit hingga ke jam berbanding dari bulan atau ke tahun. Contoh : trauma, fobia, rungsing/anxiety, risau, takut, gementar, kesedihan, murung/depresi, panik/kecemasan dan lain-lain lagi)

• Mengatasi masalah kesakitan dan simptom fizikal walaupun method yang lain telah gagal sebelumnya (contoh migrain teruk, pening kepala, sakit sendi, hipertension, gejala simptom stres, jantung berdebar, sesak nafas, penyakit kronik seperti kanser/barah-sebagai mengatasi masalah ketidakstabilan emosi dan pelbagai sakit fizikal yang lain).

• Mengatasi tabiat atau habit negatif seperti mengigit kuku jari, ketagihan merokok, masalah makan yang menjurus kepada obesiti, gangguan tidur/insomnia dan sebagainya.

• Memecahkan halangan minda (limiting belief/mental block), memprogram semula mindset atau kepercayaan positif, meningkatkan kecerdasan otak seperti penumpuan dan daya fokus) dan membina fikiran yang positif.

• Menjadi terapi pelengkap kepada pelbagai teknik dan kaedah pembangunan diri yang lain seperti KUASA MINDA dan HIPNOSIS.

• Terapi yang berguna dalam meningkatkan PRESTASI kerjaya, bisnes, akademik, pencapaian persembahan (peak performance), pembangunan pesonaliti dan sebagainya.

Tuesday

TAWARAN ISTIMEWA

Program Personal Coaching EFT akan dilaksanakan sepanjang bulan Mac 2010.

Syarat:

1. Pembayaran dilakukan pada/sepanjang bulan Mac 2010
2. Tempat/tarikh latihan disediakan oleh peserta dan ditanggung oleh peserta
3. Yuran adalah RM350.00 sahaja (Untuk Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor/Kuala
Lumpur Sahaja - Negeri-Negeri Lain perlu menyediakan bayaran pengangkutan)

Anda akan dibimbing secara berterusan selepas mengikuti program ini.
Bersama jana emosi positif untuk kejayan dan kemakmuran.

Wednesday

Emotional Freedom Technique (EFT)

Kanida-Q Management and Training Centre menganjurkan kursus EFT. Anda hanya perlu beberapa jam untuk belajar EFT. Setelah itu, anda akan mampu untuk mengamalkan EFT untuk menghilangkan berbagai masalah emosi, membantu menyembuhkan berbagai penyakit fisikal serta mengembangkan potensi diri anda. Setelah anda menguasai EFT, anda juga boleh membantu menyembuhkan orang lain atau mengajarkannya kepada siapapun yang memerlukannya.

Emotional Freedom Technique (EFT) adalah sebuah terapi psikologi praktik yang dapat menangani pelbagai jenis penyakit, samada penyakit fisikal mahupun penyakit berkaitan psikologis (masalah minda dan emosi). Dapat dikatakan EFT adalah versi psikologi dari terapi akupunktur yang menggunakan jarum.

EFT tidak menggunakan jarum, melainkan dengan menyelaraskan sistem energi tubuh pada titik-titik meridian di tubuh Anda, dengan cara mengetuk (tapping) dengan hujung jari. Teknik ini sangat mudah dipelajari dan dapat diterapkan di mana sahaja, untuk siapa sahaja.

Menurut teori ilmu EFT, penyebab segala emosi negatif adalah terganggunya sistem energi tubuh. Dan emosi-emosi negatif yang tak terselesaikan, menjadi penyebab utama kepada hampir semua penyakit fisikal kita. Sedangkan kaedah penyembuhan barat ketika ini masih mengabaikan fakta bahawa emosi negatif adalah penyebab dari 85% penyakit fisikal. Sebab itulah mengapa EFT sering kali berjaya pada keadaan-kedaan yang tidak dapat ditangani dengan terapi atau perubatan konvensional.

Gary Craig, pengasas EFT tidak mendakwa bahwa EFT itu sempurna. Tetapi pada banyak keadaan, EFT bekerja sangat cepat dan dengan hasil menakjubkan. EFT sering kali berhasil menyembuhkan pada ketika teknik lain tidak boleh.

Beberapa masalah yang boleh diselesaikan dengan EFT antara lain: Kecemasan, Kemarahan, Compulsive Behavior, Panic disorder, ketagihan (rokok), Stress dan Depresi, Trauma, Ketakutan dan Phobia (ketinggian, binatang, atau benda tertentu), Kecemasan di tempat umum, gementar berucap di khalayak ramai, Sakit Kepala / Migrain, Menghilangkan keyakinan negatif, Perasaan malu / bersalah, Insomnia, Kekecewaan atau sakit hati, Peak Performance, Masalah seksual, Masalah pada anak atau wanita, Kanser, Allergi dan masalah lainnya.

Sejarah Singkat EFT

Boleh dikatakan, EFT adalah versi emosional dari akupuntur. bezanya, EFT tidak menggunakan tusukan jarum, cuma hanya ketukan ringan dengan hujung jari. Teknik penyembuhan akupunktur sendiri sudah dikenali lebih dari 5000 tahun. Dr. John Diamond menulis tentang hubungan “sistem energi tubuh” dengan gangguan psikologi. Dari konsep ini dilahirkan cabang baru dari ilmu psychology, iaitu Energy Psychology.

Dr. Roger Callahan, seseorang yang juga sudah lama mempelajari sistem energi tubuh menciptakan teknik terapi yang kontroversi yaitu Tought field Therapy (TFT) atau juga dikenal sebagai Callahan Technique.

Pada ketika itu tahun 1980 Dr. Callahan sedang menangani seorang bernama Mary yang mengalami sakit kepala berpanjangan dan mimpi buruk yang menakutkan kerana fobia terhadap air yang sangat parah. Hingga suatu hari, Dr. Callahan mencuba cara terakhir diluar batas ilmu psikoterapi. Dengan pengetahuan “sistem energi tubuh” yang diketahuinya, beliau mengetuk (tapping) dengan hujung jarinya ke bahagian bawah mata. Setelah pulang Mary melaporkan phobianya hilang dan dia berani mendekati kolam air dan memercikan air ke mukanya tanpa rasa takut. Sakit kepalanya hilang demikian juga dengan mimpi buruknya. Dari situlah Dr. Callahan mengembangkan Tought field Therapy (TFT).

Murid pertama yang mempelajari teknik TFT daripada Dr. Callahan adalah Gary Craig. Kerana tekniknya dirasakan rumit, Gary Craig mempermudahkan TFT menjadi teknik yang lebih mudah dipelajari tapi tetap efektif. Teknik yang dikembangkan oleh Gary Craig inilah yang dinamakan Emotional Freedom Technique (EFT). Gary Craig memperkenalkan teknik ini ke seluruh dunia. Dan pada pada satu ketika beliau menawarkan untuk melakukan terapi kepada para veteran perang Vietnam di VA (Veteran Administration) yang sudah puluhan tahun menderita Post traumatic Stress Disorder (PTSD). Dalam 6 hari Gary berjaya membebaskan 20 orang veteran dari penderitaan puluhan tahun kerana perang Vietnam.

Prinsip Kerja EFT

EFT merupakan teknik akupunktur versi emosional. Berbeza dengan teknik akupuntur pada umumnya yang menggunakan jarum, EFT menggunakan tapping (ketukan ringan) dengan jari di 18 titik meridian tubuh untuk mengatasi hampir semua hambatan emosi dan fisikal. Ya, memang hanya ada 18 titik yang perlu pelajari dalam EFT. Anda tidak perlu mempelajari 300 titik akupuntur yang menggunakan jarum.


Ketika seseorang mengalami hambatan emosional seperti marah, kecewa, sedih, cemas, stress, trauma dsb., aliran energi di dalam tubuh yang melalui titik meridian tubuh akan terganggu. Dan untuk menghilangkan hambatan-hambatan emosi di atas, kita perlu memperbaiki gangguan aliran di titik meridian dengan cara mengetukkan jari dengan cara tertentu sesuai teknik EFT.


Untuk melakukan ketukan pada 18 titik meridian tubuh hanya memerlukan 4 prosedur yang sederhana dan mudah diingat, yang dinamakan resepi asas (basic recipe). Prosedur ini dapat digunakan untuk mengatasi hampir semua masalah emosi negatif dan fisikal. Sangat mudah untuk belajar EFT, anda hanya memerlukan beberapa jam sahaja.

Kelebihan EFT dibandingkan teknik terapi lainnya adalah :

*Menyembuhkan dengan sangat cepat. Anda tidak perlu menghabiskan waktu berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk menyembuhkan gangguan emosional yang boleh lenyap dalam tempoh minit atau jam dengan EFT.

*Sering kali EFT hanya memerlukan satu atau dua sesi sahaja untuk mendapatkan kesembuhan, dan kadang-kadang terjadi secara terus.

*Oleh sebab emosi negatif boleh dihilangkan dengan EFT, maka masalah-masalah fisikal mulai hilang dengan sendirinya. Menurut pengalaman para pengguna EFT, sakit migraine puluhan tahun, sakit punggung, kanser dan gejala-gejalanya, komplikasi ginjal, lever, dan lain-lain boleh sembuh dalam masa yang singkat.

*Walaupun EFT tidak bekerja 100%. Tetapi biasanya bekerja baik dan hasilnya kadang-kadang menakjubkan.

*EFT sangat lembut dan sering mencapai penyembuhan dengan sedikit atau tidak ada merasa sakit sama sekali.

*Tidak memerlukan alat bantu seperti jarum, ubat dan herba.

*Disokong oleh banyak penelitian ilmiah

*Digunakan oleh lebih dari 100.000 pengamal (practitioner) di seluruh dunia

*EFT sangat sederhana dan mudah dipelajari, bahkan anak-anak pun boleh melakukan teknik EFT sendiri.

*Teknik penyembuhan konvensional hanya mengatasi hambatan fisikal. Tapi EFT dapat mengatasi baik hambatan-hambatan fisikal mahupun emosional.

*EFT dapat dilakukan dimana sahaja dan pada bila masa sahaja.

*EFT bersifat kompatibel dan tidak bertentangan dengan penyembuhan medik. Tetapi EFT dapat membantu percepatan proses penyembuhan medik.

*Dapat digunakan untuk menterapi diri sendiri dan orang lain

EFT dan Hypnosis

Meskipun secara tekniknya berbeza, EFT dan Hypnosis punya persamaan dalam prinsip bahawa masalah emosi boleh menyebabkan gangguan fisikal. Itulah sebabnya para terapist dan konsultan pengembangan diri sering menggunakan EFT sebagai terapi utama maupun pelengkap setelah hypnotherapy.

Para hypnotherapist ketika ini umumnya juga menguasai EFT dengan sangat baik, kerana mereka tahu walaupun hypnosis sangat efektif, hypnosis tidak boleh diterapkan pada semua orang. Misalnya untuk menyembuhkan bayi dari fobia atau trauma, sangatlah sukar atau bahkan tidak mungkin menghipnotis bayi. Namun EFT boleh.

EFT juga boleh digunakan untuk penyembuhan jarak jauh yang mana hypnosis tidak boleh. Dengan terapi EFT jarak jauh, anda boleh membantu menyembuhkan keluarga atau rakan anda yang sedang sakit.

Anda boleh belajar EFT dengan cara berikut ini:

1. Kunjungi Website Pengasas EFT

Anda boleh belajar EFT langsung dari pangasasnya. Kunjungi sahaja www.emofree.com. Anda boleh membeli Video Pelatihan EFT yang dibuat oleh Gary Craig, atau mendaftarkan alamat email anda di www.emofree.com untuk mendapatkan Ebook Panduan EFT secara percuma. Baik Video maupun Ebook yang dipublikasikan oleh Gary Craig, semuanya berbahasa inggeris tanpa ada terjemahan Bahasa Melayu.

2. Kursus Emotional Freedom Technique

Kalau anda ingin yang lebih mudah, anda boleh hadir ke Kanida-Q Management And Training Center. Kami akan mengajarkan EFT dalam waktu singkat. Hanya memerlukan sekitar 6 jam untuk menguasai teori dan sekaligus praktikalnya. Dalam kursus singkat ini akan dilakukan terapi secara langsung jika diperlukan. Setelah pelatihan anda langsung boleh mempraktikkannya. Yuran yang dikenakan adalah Rm350.00 termasuk makan dan minum.

3. Mengikuti Kursus Umum

Dari semasa ke semasa, Kanida Q Management ada menganjurkan kursus-kursus umum yang boelh disertai oleh semua orang. Sila dapatkan maklumat bengkel semasa di http://kanidaq.blogspot.com

4. Kursus secara personal. Anda boleh menetapkan tempat dan masa untuk anda mempelajari EFT ini mengikut kesesuaian anda. Jurulatih kami akan menemui anda. Yuran dikenakan adalah RM450.00.

Thursday

SAKIT JIWA TINGKAT KES BUNUH DIRI


Merujuk surat Dr Wan Mohd Rushidi Wan Mahmud bertajuk Gangguan Jiwa patut diiktiraf sakit kritikal 11 januari lalu. Harus diakui kesihatan mental masih kurang mendapat perhatian berbanding penyakit diabetes, kardiovaskular, barah dan AIDS.

Statistik kementerian Kesihatan menunjukkan 400,227 pesakit mental mendapat rwatan di hospital kerajaan pada 2008, sekaligus menyaksikan peningkatan 15.6 peratus berbanding 346,196 pesakit pada 2007.


Statisktik Jabatan Psikologi Universiti Malaya yang menunjukkan sekurang-kurangnya satu daripada sembilan rakyat Malaysia mengalami masalah mental juga amat membimbangkan.

Keadaan ini turut menyumbang kepada peningkatan bunuh diri iaitu 9 dan 12 orang bagi 100,000 penduduk berbanding lapan mangsa pada 1980an. Kadar membunuh diri kaum India pula mencatat antara 30 - 35 mangsa setiap 100,000 penduduk.

Analisis terhadap 21,144 individu yang menghubungi Befrienders Kuala Lumpur, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan khidmat kaunseling untuk mereka yang putus asa mahu membunuh diri pada 2007 menunjukkan 20 peratus yang menghubungi NGO itu ialah mereka yang mahu membunuh diri.

Kajian Daftar Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia (NRSM) bagi Julai-Disember 2007 mencatatkan 113 kes dengan 82 daripadanya lelaki dan 41 sudah berumahtangga.

Laporan sulung NRSM membabitkan kajian enam bulan itu turut menyatakan kecelaruan mental secara konsisten ditemui dalam setiap kes membabitkan mangsa yang membunuh diri.

Keadaan kesihatan mental kanak-kanak juga membimbangkan tetapi dipandang remeh.

Menurut Pertubuhan KSeihatan Sedunia, dianggarkan 20 peratus kanak-kanak di seluruh dunia mengalami masalah mental, kebanyakannya tidak dikesan dan tidak diberikan rawatan awal.

Masalah kesihatan mental yang kerap berlaku kepada kanak-kanak ialah gangguan daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD) serta gangguan daya tumpuan (ADD).

Kajian Jabatan Psikiatri Pusat Perntadbir Universiti Putra Malaysia bersama lima sekolah di Petaling Jaya mendapati lebih 50 murid mengalami masalah ADHD dan secara puratanya setiap kelas Mempunyai seorang kanak-kanak ADHD pada peringkat berbeza.

Sementara itu, dianggarkan lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidap skizofrenia iaitu penyakit mental paling serius.

Namun, kebanyakan penghidapnya tidak menyedari penyakit ini kerana seperti kata Dr Wan Mohd Rushidi, kebanyak pesakit lebih percayakan bomoh, sinseh dan perantara.

Kes seorang pelajar sekolah agama yang dituduh membunuh Muhamad Khairul Nizam Riza Azmi ,7 tahun, gara-gara seekor ayam belanda, disahkan menghidap skizofrenia dan seorang ibu tujuh anak mencurah petrol ke badan dipercayai kecewa dengan anak perempuannya sudah cukup jelas memaparkan rendahnya tahap kesihatan mental rakyat Malaysia secara amnya. Soal utamanya mengapa masa terlalu lama untuk mengiiktiraf gangguan jiwa sebagai sakit kritikal di negara ini.
Artikel ini diambil dari ruangan surat & E-mel Berita Harian (Khamis - 14 Januari 2010)

Wednesday

EFT: The Universal Healing Tool That Modern Medicine Has Missed

MEMBEBASKAN EMOSI NEGATIF-eft

For those who would like a quality introduction to EFT, here is an article that will soon appear in a new book, “101 Great Ways to Improve Your Health” by David Riklan and Dr. Joseph Cilea of Self-Growth.com.

New Discovery Takes Chinese Medicine to a New Level

Thousands of years ago, physicians in China mapped the body’s electrical system. They charted fourteen energy paths, or meridians, and documented how stimulating specific points along those paths released energy blocks, restored the normal flow of Chi, or healing energy, and improved health.

Acupuncture, in which very thin needles are inserted at precise locations, is one way to achieve this result. Acupressure, in which massage or pressure stimulates the same points, is another.

But until recently, no one realized that tapping on key acupuncture points while focusing on a specific problem could eliminate or significantly reduce physical, mental, or emotional symptoms.

That’s why Emotional Freedom Techniques (EFT) is such an exciting discovery.

EFT’s underlying premise is that the true cause of every negative thought and most physical symptoms is an energy block along one or more of the body’s meridians. The combination of tapping and mental focus releases both the energy block and the problem it causes. No matter what they worry about, people of all ages, including small children, can change their minds from stressed to relaxed and improve their health and happiness, usually in less time than it takes to read this chapter.

Versatile and Widely Accepted

At first I didn’t realize how versatile EFT would become or how dramatically it transforms physical as well as emotional symptoms. Then the reports began to arrive. Whenever someone asked whether EFT works on a particular condition, such as allergies, high blood pressure, colds and flu, indigestion, arthritis, asthma, insomnia, sprains, or anything else, my answer was always the same: try it, and let me know what happens.

Soon, thousands of people with no special training were sharing their results. They had tapped and lost weight, stopped smoking, recovered in minutes from muscle sprains, chased migraine headaches away, stopped pain, and recovered from all types of illness or injury.

Many medical doctors and licensed health care practitioners have adopted EFT and use it routinely. Their patients often recover without the drugs or surgery they were scheduled to receive, or they heal faster, or chronic conditions that persisted for years suddenly improve or disappear.

Physical therapists working with athletes report that sports performance improves whenever EFT is part of the treatment. Many amateur and professional athletes use EFT to increase their stamina and coordination and to prevent injury. In fact, quite a few have used EFT to significantly improve their performance in everything from golf, baseball, bowling, soccer, or gymnastics to running a marathon.

Medicine’s Major Miss

What excites me most about EFT is its application to physical health and wellness. I’m convinced more than ever that modern medicine has walked right by a major contributor to chronic and acute diseases. Our unresolved angers, fears, and traumas show up in our physical bodies and manifest as rheumatoid arthritis, cancer, multiple sclerosis, Parkinson’s disease, and hundreds of other illnesses.

Just about everyone knows this intuitively. Whenever Los Angeles physician Eric Robins, MD, shows patients how to do EFT, he explains that past traumas can be stored in muscles and organs in the body and that releasing past events and all the emotions they generate may alleviate physical symptoms. Dr. Robins reports that most patients grasp this concept at once, and as soon as they tap away their anger, frustration, or unhappy memories, their symptoms improve.

Psychologists have always known that there are powerful connections between mind and body, but conventional talk therapy seldom cures anything, and neither do psychoactive drugs.

But balancing the body’s energy can help cure everything, and it’s as simple as tapping on your head and torso while focusing on the problem. As Dr. Robins explains, this simple procedure releases or neutralizes the illness’s underlying cause, and as soon as that happens, the illness itself disappears.

Ever since I discovered how simple and effective EFT can be, I’ve been a man on a mission. So far, 350,000 people have downloaded my free EFT manual (it gives all the basics), my free online newsletter goes to several hundred thousand subscribers, and more than thirty books have been written about EFT. To help spread the word, those who purchase my inexpensive instructional DVDs have my written permission to make one hundred copies of each disc to share with others. Thousands of EFT practitioners around the world teach classes and work with clients. These practitioners include nurses, doctors, chiropractors, acupuncturists, massage therapists, physical therapists, nutritionists, clinical psychologists, licensed social workers, and counselors of every description.

No technique or procedure works for everyone, but by all accounts, approximately 80 percent of those who try EFT for a specific problem experience significant results. That’s a stunning statistic.

In Most Cases, Try EFT First

EFT has come a long way in ten years, but it’s not even a blip on conventional medicine’s radar. When it is noticed, it’s often relegated to the “support therapy” category, something to be used later, after conventional treatments. I hope that will soon change. Unless there is a medical emergency that requires immediate attention, EFT should be the first treatment that doctors offer. This, in my observation, will dramatically reduce the need for drugs, surgery, or radiation. Even in emergencies, such as accidents or injuries, EFT can be extremely helpful, for it helps people think clearly while reducing pain and discomfort. In all situations, it speeds recovery and healing.

To satisfy my curiosity about EFT’s effectiveness in the treatment of serious diseases, over the last two years, I traveled to different cities giving three-day seminars, in which I worked onstage with actual patients. As a result, I know more than ever that EFT is a truly universal healing tool. The same basic approach that treats diabetes, chronic fatigue syndrome, and multiple chemical sensitivities works as well for eyesight, muscular dystrophy, rheumatoid arthritis, asthma, allergies, pulled hamstring muscles, high blood pressure, and heart disease. And when it comes to fears, phobias, and anxiety, EFT is in a class by itself.

EFT is so new that it’s still evolving. I encourage practitioners and newbies alike to experiment—to try it on everything. It’s so versatile that you can use it on yourself, others, and animals. Some have even used it on plants, cars, and computers. It makes sense that if your energy is balanced, everything inside you and everything around you benefits.

I hope that everyone who reads this will be curious enough to try EFT. It’s easy to learn, easy to do, and can literally save your life.